Followers

Wednesday, July 22, 2009

AKTIVITI SABTU 25 Julai '09: GOTONG ROYONG


Bismillah. Assalaamu'alaikum wrm wbt. & Salam Sejahtera. Insya-Allah pada hari Sabtu bertarikh 25 Julai 2009, Unit AMAL Kawasan Indera Mahkota atau singkatannya UAIM akan mengadakan Gotong Royong untuk membantu seorang jiran tetangga dalam kawasan Indera Mahkota anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah dan dengan kerjasama Unit AMAL Indera Mahkota untuk membantu melicinkan lagi usaha-usaha murni tersebut.


Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Beserah diurus oleh PAS atas mandat yang telah diberi oleh penduduk DUN Beserah pada PRU ke-12 yang lalu. Alhamdulillah.

Agama Islam menganjur, menyeru dan menggalakkan penganutnya untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan tidak kira kepada sesama Muslim atau bukan Islam.

Moto PKM "KAMI SEDIA BERKHIDMAT".

ditulis oleh: Kor ICT, Unit AMAL Indera Mahkota.
1 Sya'ban 1430H bersamaan 23 Julai 2009 (Khamis) 2.18 am

Tuesday, July 21, 2009

Bertugas di Ceramah Umum Mansuh ISA

PUTRA Balok, 21 Julai 2009 - Pada jam lebih kurang 9.30 malam hingga lebih kurang 12 malam, telah diadakan satu ceramah umum mansuhkan ISA. Anggaran seramai 300 orang telah hadir bagi mendengarkan ceramah umum tersebut. Ceramah umum tersebut berjalan dengan aman tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku, Alhamdulillah.

Penceramah utama adalah Puan Norlaila sebagai isteri tahanan ISA sudah 8 tahun, dan aktif dalam mendedahkan kezaliman Akta ISA oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. ADUN Beserah dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang turut berucap pada malam itu. Puan Norlaila mengatakan dia hanya dibenarkan bertemu dengan suaminya di tahanan Kem Kamunting selama 45 seminggu sekali. Tetapi pada kebiasaanya beliau akan memberi anaknya untuk bersama ayahnya selama 40 minit, kemudian beliau hanya 5 minit. Begitulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya walaupun dia juga seorang isteri. Allahu-Akbar.

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱمۡتَحَنَ ٱللَّهُ قُلُوبَہُمۡ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۚ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ عَظِيمٌ (٣ (Al-Hujurat, 49 : ayat 3) Terjemahannya : "Mereka orang-orang yang telah diuji Allah Hati-hati mereka untuk Taqwa, bagi mereka keAMPUNAN dan GANJARAN yang BESAR"

Beliau menyatakan lagi, beliau sebelum ini merupakan seorang rakyat biasa duduk dirumah. Sebelum ini beliau menyangka bahawa ISA ini hanya untuk orang yang berpolitik seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain. Tetapi apabila suaminya telah ditangkap, beliau sangat tertanya-tanya apakah sebab suami ku, ayah kepada anak ku ditahan tanpa diterangkan kesalahan suaminya! walaupun suaminya bukan ahli politik.

Diakhir ucapan beliau, Puan Norlaila menyeru rakyat Malaysia di Kawasan Indera Mahkota tersebut khasnya untuk TURUN ke Kuala Lumpur untuk meramai himpunan aman MANSUHKAN ISA pada 1 OGOS nanti. Beliau menekankan kepentingan untuk setiap dari kita hadir agar keramaian manusia yang LUAR BIASA akan menarik minat media antara bangsa untuk melaporka berita-berita sebegini.

Beliau juga ada membawa buku berjudul "Dunia Tanpa Suami", tulisan beliau dan beberapa orang sahabatnya.

Hasilnya dunia akan kenal Malaysia dalam erti kata sebenar. Juga yang penting, apabila perdana menteri melawat luar negara, masyarakat antarabangsa akan bertanya berkenaan hal ini. dan ini akan memberi teknan kepada perdana menteri dan kerajaan umno barisan nasional.

Hancur Dajjal! Hancur Yahudi! Hancur Najib! Hancur Umno!

Semoga berjumpa di KL!


Gambar Puan Norlaila bersama Suami tersayang kerana Allah SWT.

Sunday, July 19, 2009

Menyertai Jambori AMAL Negeri Pahang di Cameron Highland

Cameron Highland, 19 Jul 09 - Unit Amal Indera Mahkota (UAIM) telah menghantar satu kontinjen seramai lebih kurang 10 orang untuk menjadi wakil UAIM ke Program Jambori AMAL Negeri Kali ke-12. Program ini merupakan acara tahunan Unit AMAL peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.


Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah seperti pertandingan kawad kaki (individu), menimbangbola terbanyak (individu), menyumpit, Explorace, Belon beracun, Teka silang kata, Sudoku dan lain-lain.



Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pemurah, Kontinjen Unit AMAL Kawasan Indera Mahkota telah menjadi Johan acara Explorace. Kumpulan Explorace Kontinjen UAIM dianggotai oleh Sdr Syeikh Azlan, Sdr Farid, Sdr Alias, Sdr Alharas, dan Sdr Sabri. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka atas kejayaan tersebut.


YDP kawasan UAIM serta Cikgu Yusri turut hadir hadir pada hari pertama Jambori AMAL Negeri Pahang tersebut, berikutan kebetulan terdapat mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diadalakn ditempat program.


Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Sa'ad turut hadir sama bagi menunjukkan sokongan yang diberikan oleh pimpinan Pemuda PAS Negeri Pahang terhadap program Jambori yang diadakan setahun sekali itu. Beliau juga telah hadir untuk memberi ucapan bagi merasmikan majlis penutupan Program Jambori AMAL Peringkat Negeri Pahang kali ke-12 itu.


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga Allah meredhoi kita semua.


ditulis oleh: Kor ICT, Unit AMAL Indera Mahkota.
11.30am, Isnin, 27 Rejab 1430H, 20 Julai 2009M.

Tuesday, July 7, 2009

Galeri 2009
















Operasi Pembersihan Perkuburan Islam Balok

















Di Ceramah Nik Abduh

Bismillah: 1st Post

Assalaamu'alaikum wrm. wbt. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban-bikum. Selamat Datang ke blog rasmi Unit Amal Indera Mahkota, Pahang Darul Makmur.