Followers

Monday, November 23, 2009

14 Nov. 2009- Pertandingan Futsal

PERTANDINGAN FUTSAL DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN INDERA MAHKOTA

Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal peringkat Parlimen Indera Mahkota. Sebanyak 32 pasukan menyertai pertandingan ini. Pertandingan di rasmikan oleh YB Syed Mohammad Tuan Lonik di sebelah pagi, manakala sebelah petang Ust Suhaimi Md Saad Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang menyempurnakan perasmian penutup dan penyampaian hadiah.

Acara selingan perlawanan antara Unit Amal vs Urusetia. Pasukan urusetia yang diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Pahang dan ketua Pemuda PAS Indera Mahkota memenangi perlawanan 4 berbalas 1.

Johan (gambar 1- Kumpulan Polisas) dan naib johan (gambar 2- Kumpulan Ultimate) pertandingan Futsal , bergambar bersama Ketua Dewan Pemuda PAS negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota



Johan pertandingan Futsal membawa pulang RM 1000. Ust Suhaimi sedang menyampaikan hadiah pada Johan


Dalam kesibukan sebagai Ketua Pemuda Pahang beliau sempat meluangkan masa bermain futsal dalam acara selingan, Ust Suhaimi menjaringkan 2 gol manakala Ketua Pemuda Indera Mahkota menjaringkan 1 gol dan satu gol lagi dijaringkan oleh azizi.

Thursday, November 5, 2009

6 Nov: AMAL Car Wash akan dibuka!

6 Nov- Jabatan Amal Kawasan Indera Mahkota telah mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan perkhidmatan memcuci kereta di sebuah tapak tanah kedai cuci kereta yang terletak di Balok, Kuantan, Pahang.

Jabatan Amal Indera Mahkota telah membeli pernigaan ini daripada pemilik sebelumnya. Pengurus perniagaan ini kini sedang mecari pekerja sepenuh masa untuk bekerja di AMAL Car Wash ini.

AMAL Car Wash ini adalah suatu inisiatif untuk menjana ekonomi Jabatan Amal Kawasan Indera Mahkota bagi membiyai program-program dan aktiviti-aktiviti Jabatan Amal Indera Mahkota ini pada masa-masa akan datang.

3 Nov: Bertugas di Ceramah Mohamad Sabu di Cendering, Paya Besar, Pahang.

Cendering, Paya Besar, 3 Nov- Jabatan Amal Indera Mahkota telah hadir ke Ceramah Mat Sabu di Cendering, Paya Besar bagi memberi bantuan sokongan dalam membantu menjaga trafik jalan raya, parking dan tenaga mengutip derma jihad serta keselamatan awam.

Sunday, November 1, 2009

BERITA: JAMBORI JABATAN AMAL PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-17 - TG HJ ABD HADI BERSYUKUR DENGAN PENCAPAIAN INI


Assalaamu'alaikum wrm wbt

Sungai Besar, Skinchan, Selangor - Allahmdulillah, pada 30, 31 Oktober, dan 1 November 2009 satu program Jambori Jabatan Amal Kebangsaan Kali ke-17 telah diadakan dengan jayanya. Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Jambori Amal Kebangsaan ini merupakan acara tahunan pertubuhan badan beruniform Jabatan Amal Malaysia. Telah hadir lebih kurang 700 ahli Jabatan Amal Malaysia daripada semua negeri di semenanjung Malaysia.

Para peserta daripada setiap negeri membina pos khemah negeri masing-masing bagi menguji kemahiran ahli-ahli dalam membina khemah yang baik. Jambori kali ini juga menganjurkan program anak angkat di rumah-rumah di dalam kampung-kampung berdekatan bagi menyantuni masyarakat dalam usaha memahami keadaan realiti masyarakat kini. Selain daripada itu, aktiviti gotong royong di kawasan sekitar kampung berdekatan turut diadakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dalam pada masa yang sama, pihak BOMBA Malaysia, Polis Di-Raja Malaysia, dan Agensi Dadah Kebangsaan telah dijemput bagi memeriahkan lagi Jambori Amal Kebangsaan tahun ini. Pameran dan penerangan telah diadakan oleh badan-badan ini untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada ahli-ahli Jabatan Amal terhadap perkara-perkara yang perlu mereka cakna. Program derma darah turut diadakan bagi membuka peluang kepada ahli-ahli Jabatan Amal Malaysia untuk memberi sadaqah dalam bentuk darah. Ini telah difatwakan oleh Syaikhul-Islam Syeikh Yusuf Qoradhowi.

Acara pertandingan kawat kaki antara negeri turut diadakan bagi menguji kemahiran skuad kontinjen-kontinjen negeri. Setiap negeri mempunyai potensi yang besar untuk berkawad kaki. Kontinjen Kelantan telah berjaya menyandang kedudukan sebagai juara dalam pertandingan Kawad kaki ini.

Pada malam terakhir Jambori Amal Kebangsaan, telah diadakan acara pertandingan persembahan Pidato, Nasyid, dan Phentomen. Semua negeri yang terlibat menunjukkan kekretifan dan kemahiran masing-masing dalam berentap diatas pentas. Bagi acara Pidato, Johan telah disandang oleh Kontinjen Negeri Pahang. Manakala acara Nasyid, bagi tempat pertama telah dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor. Akhir sekali, acara Phantomen telah dijuarai oleh Kontinjen Negeri Kelantan.

Acara 'Amal Race', Larian berhalangan, 'Masakan Survival', Operasi Menyelamat dan Tarik Tali turut diadakan bagi menguji kekuatan kontinjen-kontinjen setiap negeri disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Acara Operasi Menyelamat dijuarai oleh Kontinjen Negeri Perak Bubar Dun. Bagi acara Tarik tali pula, juara telah disandang oleh Kontinjen Negeri Pahang.

Pada majlis penutup program Jambori Amal Kebangsaan kali ke-17 ini tetamu kehormat yang telah hadir adalah Ustaz Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dan Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat. Ustaz Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS telah melakukan pemeriksaan barisan ahli Jabatan Amal seluruh Malaysia. Ustaz Hj Abd Hadi awang juga telah memberi sedikit ucapan, dialam ucapannya beliau berkata "Saya berasa amat berbangga kerana berada didalam majlis yang amat mulia ini... Tugas Jabatan Amal ini tidak boleh dianggap sebagai remeh, Jabatan Amal memainkan peranan yang penting dalam menyantuni masyarakat dan mencerminkan Islam yang syumul". Beliau sekaligus merasmikan Majlis Penutup Jambori Amal Kebangsaan Kali ke-17. Penyerahan bendera Jabatan Amal kepada Kontinjen Negeri Melaka telah diadakan sebagai tanda Jambori Jabatan Amal Kebangsaan Kali ke-18 pada tahun 2010 akan diadakan di Negeri Melaka.

Sehingga berjumpa lagi, jika panjang umur di Jambori Amal Kebangsaan di Melaka!

Sekian. Terima kasih.

Wassalaam.
Kor IT Jabatan Amal, Kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

*Maaf tiada gambar dapat disertakan kerana Kamera telah dimasuki air kerana terjatuh kedalam lopak air ketika berlari waktu bertugas, masih menunggu ia kering, mudah-mudahan masih boleh digunakan. Jika rosak, terpaksa diganti oleh saya. Maaf.