Followers

Saturday, October 23, 2010

Jabatan Amal Indera Mahkota...beramal lagi

Alhamdulillah.
Syukur kepada kerana dengan izin-Nya program khidmat masyarakat pada 17 Oktober 2010 yang lalu telah selesai dengan jayanya.

Para anggota Amal Indera Mahkota yang terlibat turun menyumbangkan masa dan tenaga seperti yang diharapkan. Inilah mesej yang ingin disampaikan melalui Jabatan Amal, PAS DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG.

Pada tarikh tersebut, para anggota Amal Indera Mahkota telah turun ke Kampung Sungai Karang Darat untuk membantu seorang penduduk kampung menyiapkan dapur rumahnya. Alhamdulillah, kerja-kerja berjaya disiapkan menjelang tengahari.

Sebelum pulang, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Indera Mahkota telah menyampaikan sumbangan kepada tuan rumah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu. Jazakallah.


Banner program khidmat masyarakat yang digantung setiap kali turun ke tempat sasaran




Anggota Amal sedang mendengar taklimat dari saudara Nurudden, Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah DPP Indera Mahkota




Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan sedang mengikat bata bersama dengan saudara Zulkifli


Dua orang anggota Briged Amal Indera Mahkota turut membantu menyiapkan kerja-kerja pembinaan




Saudara Zulkifli sedang memecahkan lantai untuk di turap dengan simen yang baru



Saudara Azam Zakaria salah seorang penduduk tempatan yang turut membantu


Papan dipotong untuk menggantikan yang telah reput


Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah DPP Indera Mahkota, saudara Nuruddin


Meninjau-ninjau bahagian dapur yang perlu diperbaiki


Saudara 'Konju' sedang memesin rumput



Saudara Badillah sedang memotong pokok di hadapan rumah



Sheikh Azlan sedang menebas di tepi rumah penduduk terbabit


ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, saudara Fadzil sedang menyampaikan sumbangan kepada tuan rumah


" PAS: DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG"
Bergambar dengan tuan rumah sebelum pulang

Sunday, October 17, 2010

Lawatan Muhibbah ke Mawilla, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan

Pada 16 Oktober 2010, satu program Lawatan Muhibbah ke Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla) Pangkalan TLDM Tanjung Gelang telah diadakan yang disertai oleh DPP IM dan JAIM seramai 37 orang. Ianya diketuai oleh saudara Andansura Bin Rabu selaku ketua kontinjen. Antara pimpinan PAS Indera Mahkota yang turut sama ialah Adun Beserah, YB Syed Mohammad Bin Tuan Lonik, TYDP Indera Mahkota, saudara Aziz Bin Ahmad, KP DPP Indera Mahkota, saudara Yusri Bin Ibrahim, Exco DPP Indera Mahkota dan anggota Jabatan Amal Indera Mahkota.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua belah pihak serta membincangkan beberapa ruang-ruang kerjasama yang dapat diusahakan bersama.

Aktiviti lawatan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu meliputi kawasan Balai Bomba TLDM. Ketibaan kami disambut oleh pegawai yang bertugas dan sedikit taklimat ringkas telah diberi berkenaan dengan operasi dan kawasan-kawasan liputan yang berkaitan dengan gerak kerja pihak Bomba di TLDM. Menurut beliau, Jabatan Bomba TLDM telah dibuka sejak tahun 1986. Pada masa kini, balai ini dianggotai seramai 40 orang beserta 2 jentera melawan kebakaran. Di akhir lawatan bersama pihak Bomba, kami diberi peluang untuk bersoal jawab dan bertukar-tukar pandangan.

Selepas itu kami bergerak menuju ke “Naval Dock” TLDM untuk lawatan seterusnya. Ketika ini terdapat 6 buah kapal TLDM yang sedang berlabuh. Kami juga disambut dengan mesra oleh pegawai yang bertugas dan sedikit taklimat ringkas mengenai gerak kerja telah disampaikan. Sesi soal jawab dan bertukar-tukar pandangan turut diadakan bersama beliau, dan berjalan dengan lancar. Para peserta berasa amat teruja kerana berpeluang menaiki salah sebuah kapal perang laju milik TLDM yang diberi nama Handalan. Peserta juga berpeluang untuk masuk dan membidik sasaran melalui meriam bersaiz 150mm. Peserta juga dibenarkan untuk mengabdikan kenangan mereka melalui gambar-gambar yang diambil di kawasan sekitar.

Lawatan berakhir pada pukul 12 tengahari disusuli ucapan jutaan terima kasih oleh ketua kontinjen kepada wakil TLDM Tanjung Gelang yang bertindak sebagai pegawai pengiring disepanjang lawatan tersebut. Cenderamata disampaikan pihak PAS Indera Mahkota melalui ketua kontinjennya kepada wakil pegawai pengiring TLDM sebagai satu ikatan yang terjalin antara kedua-dua belah pihak.

Diharapkan supaya program-program seperti ini dapat diteruskan sebagai salah satu aktiviti tahunan dan juga salah satu pendedahan yang amat memberi manfaat kepada pada ahli PAS khususnya.

Berkumpul di PUTRA Balok sebelum bertolak ke Tanjung Gelang.



TYDP PAS Indera Mahkota sedang memberikan ucapan sambil diperhatikan oleh KP DPP Indera Mahkota, saudara Yusri Ibrahim. Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) "apa yang gelihati tu..."


Ini dia skuad yang amat digeruni oleh....






YB Syed Mohammad dan Syed Kama sedang menyantuni seorang veteran Amal Indera Mahkota.


Encik Mahmud yang segak dan bergaya, sentiasa ada dalam program-program PAS Indera Mahkota


Siap sedia ke medan juang





Mendengar taklimat dari pegawai bomba TLDM


Sesi soal jawab yang cukup harmoni


Sebagai kenang-kenangan. Insya Allah nanti kami datang lagi


Di atas KD Handalan yang memang handal. "Ini kapal perang laju," kata pegawai TLDM.

Disambut oleh para pegawai TLDM yang peramah dan sabar melayani kami semua


"Nak tembak siapa tu....





Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan. harap-harap ada sesuatu yang dapat dipelajari untuk Jabatan Amal Indera Mahkota


Hati-hati melangkah...


KD Terengganu yang tampak gagah...





Cenderamata dari pihak PAS Indera Mahkota kepada pihak TLDM yang disampaikan oleh ketua kontinjen, saudara Andansura.


YB Syed Mohammad sedang berbual dengan salah seorang anak kapal KD Terengganu.





Bergambar sebelum berpisah


Kenduri di Pok Kob Corner


Tuesday, October 12, 2010

Amal IM @ Sinar Harian Pahang

Salam Amal...

Sinar Harian Pahang Edisi 02 Oktober 2010.



(Klik pada imej untuk lebih jelas)

Terima kasih kepada semua yang telah membantu sehingga terlaksananya jambori ini. Juga sekalung tahniah kepada para peserta yang hadir. Semoga kita dapat mengadakan jambori yang seperti ini di masa-masa akan datang.

Thursday, October 7, 2010

Tahniah sahabat Amal Indera Mahkota...

Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan tahniah kepada saudara Johari kerana telah menimang cahaya matanya yang pertama. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi kehidupan beliau.


Saudara Johari yang berdiri memakai baju melayu...Wajah ceria seorang yang baru bergelar bapa



Senyum manjang....



Jemput makan...



Barisan anggota Amal Indera Mahkota sedang duduk di barisan belakang...sabar menunggu giliran.




Sahabat ar-Rasyidin pun ada, takkan sampai tutup pinggan....







Encik Mahmud bersama Johari



Apa namanya....Johari?








Ketua Penerangan Pemuda Indera Mahkota, saudara Nuruddin sedang menikmati nasi minyak gulai kambing.


Silakan, jangan malu...


Pengarah Amal IM



Saudara Al-Haras dan Haji Yusof, dua orang anggota Amai IM