Followers

Monday, November 23, 2009

14 Nov. 2009- Pertandingan Futsal

PERTANDINGAN FUTSAL DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN INDERA MAHKOTA

Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal peringkat Parlimen Indera Mahkota. Sebanyak 32 pasukan menyertai pertandingan ini. Pertandingan di rasmikan oleh YB Syed Mohammad Tuan Lonik di sebelah pagi, manakala sebelah petang Ust Suhaimi Md Saad Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang menyempurnakan perasmian penutup dan penyampaian hadiah.

Acara selingan perlawanan antara Unit Amal vs Urusetia. Pasukan urusetia yang diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Pahang dan ketua Pemuda PAS Indera Mahkota memenangi perlawanan 4 berbalas 1.

Johan (gambar 1- Kumpulan Polisas) dan naib johan (gambar 2- Kumpulan Ultimate) pertandingan Futsal , bergambar bersama Ketua Dewan Pemuda PAS negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota



Johan pertandingan Futsal membawa pulang RM 1000. Ust Suhaimi sedang menyampaikan hadiah pada Johan


Dalam kesibukan sebagai Ketua Pemuda Pahang beliau sempat meluangkan masa bermain futsal dalam acara selingan, Ust Suhaimi menjaringkan 2 gol manakala Ketua Pemuda Indera Mahkota menjaringkan 1 gol dan satu gol lagi dijaringkan oleh azizi.

Thursday, November 5, 2009

6 Nov: AMAL Car Wash akan dibuka!

6 Nov- Jabatan Amal Kawasan Indera Mahkota telah mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan perkhidmatan memcuci kereta di sebuah tapak tanah kedai cuci kereta yang terletak di Balok, Kuantan, Pahang.

Jabatan Amal Indera Mahkota telah membeli pernigaan ini daripada pemilik sebelumnya. Pengurus perniagaan ini kini sedang mecari pekerja sepenuh masa untuk bekerja di AMAL Car Wash ini.

AMAL Car Wash ini adalah suatu inisiatif untuk menjana ekonomi Jabatan Amal Kawasan Indera Mahkota bagi membiyai program-program dan aktiviti-aktiviti Jabatan Amal Indera Mahkota ini pada masa-masa akan datang.

3 Nov: Bertugas di Ceramah Mohamad Sabu di Cendering, Paya Besar, Pahang.

Cendering, Paya Besar, 3 Nov- Jabatan Amal Indera Mahkota telah hadir ke Ceramah Mat Sabu di Cendering, Paya Besar bagi memberi bantuan sokongan dalam membantu menjaga trafik jalan raya, parking dan tenaga mengutip derma jihad serta keselamatan awam.

Sunday, November 1, 2009

BERITA: JAMBORI JABATAN AMAL PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-17 - TG HJ ABD HADI BERSYUKUR DENGAN PENCAPAIAN INI


Assalaamu'alaikum wrm wbt

Sungai Besar, Skinchan, Selangor - Allahmdulillah, pada 30, 31 Oktober, dan 1 November 2009 satu program Jambori Jabatan Amal Kebangsaan Kali ke-17 telah diadakan dengan jayanya. Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Jambori Amal Kebangsaan ini merupakan acara tahunan pertubuhan badan beruniform Jabatan Amal Malaysia. Telah hadir lebih kurang 700 ahli Jabatan Amal Malaysia daripada semua negeri di semenanjung Malaysia.

Para peserta daripada setiap negeri membina pos khemah negeri masing-masing bagi menguji kemahiran ahli-ahli dalam membina khemah yang baik. Jambori kali ini juga menganjurkan program anak angkat di rumah-rumah di dalam kampung-kampung berdekatan bagi menyantuni masyarakat dalam usaha memahami keadaan realiti masyarakat kini. Selain daripada itu, aktiviti gotong royong di kawasan sekitar kampung berdekatan turut diadakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dalam pada masa yang sama, pihak BOMBA Malaysia, Polis Di-Raja Malaysia, dan Agensi Dadah Kebangsaan telah dijemput bagi memeriahkan lagi Jambori Amal Kebangsaan tahun ini. Pameran dan penerangan telah diadakan oleh badan-badan ini untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada ahli-ahli Jabatan Amal terhadap perkara-perkara yang perlu mereka cakna. Program derma darah turut diadakan bagi membuka peluang kepada ahli-ahli Jabatan Amal Malaysia untuk memberi sadaqah dalam bentuk darah. Ini telah difatwakan oleh Syaikhul-Islam Syeikh Yusuf Qoradhowi.

Acara pertandingan kawat kaki antara negeri turut diadakan bagi menguji kemahiran skuad kontinjen-kontinjen negeri. Setiap negeri mempunyai potensi yang besar untuk berkawad kaki. Kontinjen Kelantan telah berjaya menyandang kedudukan sebagai juara dalam pertandingan Kawad kaki ini.

Pada malam terakhir Jambori Amal Kebangsaan, telah diadakan acara pertandingan persembahan Pidato, Nasyid, dan Phentomen. Semua negeri yang terlibat menunjukkan kekretifan dan kemahiran masing-masing dalam berentap diatas pentas. Bagi acara Pidato, Johan telah disandang oleh Kontinjen Negeri Pahang. Manakala acara Nasyid, bagi tempat pertama telah dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor. Akhir sekali, acara Phantomen telah dijuarai oleh Kontinjen Negeri Kelantan.

Acara 'Amal Race', Larian berhalangan, 'Masakan Survival', Operasi Menyelamat dan Tarik Tali turut diadakan bagi menguji kekuatan kontinjen-kontinjen setiap negeri disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Acara Operasi Menyelamat dijuarai oleh Kontinjen Negeri Perak Bubar Dun. Bagi acara Tarik tali pula, juara telah disandang oleh Kontinjen Negeri Pahang.

Pada majlis penutup program Jambori Amal Kebangsaan kali ke-17 ini tetamu kehormat yang telah hadir adalah Ustaz Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dan Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat. Ustaz Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS telah melakukan pemeriksaan barisan ahli Jabatan Amal seluruh Malaysia. Ustaz Hj Abd Hadi awang juga telah memberi sedikit ucapan, dialam ucapannya beliau berkata "Saya berasa amat berbangga kerana berada didalam majlis yang amat mulia ini... Tugas Jabatan Amal ini tidak boleh dianggap sebagai remeh, Jabatan Amal memainkan peranan yang penting dalam menyantuni masyarakat dan mencerminkan Islam yang syumul". Beliau sekaligus merasmikan Majlis Penutup Jambori Amal Kebangsaan Kali ke-17. Penyerahan bendera Jabatan Amal kepada Kontinjen Negeri Melaka telah diadakan sebagai tanda Jambori Jabatan Amal Kebangsaan Kali ke-18 pada tahun 2010 akan diadakan di Negeri Melaka.

Sehingga berjumpa lagi, jika panjang umur di Jambori Amal Kebangsaan di Melaka!

Sekian. Terima kasih.

Wassalaam.
Kor IT Jabatan Amal, Kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

*Maaf tiada gambar dapat disertakan kerana Kamera telah dimasuki air kerana terjatuh kedalam lopak air ketika berlari waktu bertugas, masih menunggu ia kering, mudah-mudahan masih boleh digunakan. Jika rosak, terpaksa diganti oleh saya. Maaf.










Monday, September 28, 2009

Bertugas membantu KP Pahang Ustaz Suhaimi Saad pindah kediaman dari Inderapura ke Balok Permai





Bismillah. Assalaamu'alaikum wrm wbt. Kepada semua pembaca yang dikasihi.

Al-kisah, tersebutlah pada suatu hari yang bertarikh 8 Syawwal 1430H bersamaan 27 September 2009Masehi, Skuad Unit Amal Kawasan Indera Mahkota telah bertugas membantu Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang untuk memindahkan barang-barang rumahnya kerana beliau berhijrah (pindah) kediaman (rumah) daripada qaryah (taman/perkampungan) Inderapura ke Balok Permai.

Kerja bermula kira-kir jam 10.30 kami (Unit Amal Indera Mahkota) bertolak daripada Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kawasan Indera Mahkota (singkatannya, lebih dikenali sebagai PUTRA).
Kemudian, pada jam 11.00 pagi kami tiba di rumah Ustaz Suhaimi Saad yang akan dijual. Rumah beliau merupakan rumah corner lot (lot tepi).

Kemudian, kami mula mengangkat barang-barang yang bersaiz besar dan berat.


Al-Akh Hisham, Unit Amal Paya Besar juga turut serta walaupun jauh...

Dua dari kiri, Al-Akh Alharas (panggil Haras), SU Unit Amal Kawasan Indera Mahkota mengangkat kotak produk halalgel, barangan jualan perniagaan Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad yang dikasihi...


Dua dari kiri, Al-Akh Zul, dan dua dari kanan, Al-Akh Wan Raha (panggil Raha) mengangkat rak kabinet...


Dirumah Inderapura, kelihatan, dua dari kiri, Ketua Penyelaras Unit Amal Kawasan Indera Mahkota, Al-Akh Syeikh Azlan (panggil Syeikh)...


kelihatan.. ahli-ahli Unit Amal dan Jiran-jiran di qaryah Inderapura bertungkuslumus memuatkan barang-barang rumah naik keatas lori yang disewa/pinjam kami... :)


Friday, September 18, 2009

UNIT AMAL NEGERI PAHANG SAMPAIKAN CENDERAHATI AIDILFITRI KEPADA PENUMPANG2 BAS DI TERMINAL BAS KUANTAN 28 & 29 Ramadhan 1430H (17 & 18 Sept 2009)





Assalaamu'alaikum wrm wbt

KUANTAN 28 & 29 Ramadhan 1430H (17 & 18 September 2009)- Kami (Unit Amal Negeri Pahang, dibawah Dewan Pemuda PAS Pahang) telah mengadakan Program memberi Cenderahati Aidilfitri kepada penumpang-penumpang bas-bas eksperess di terminal bas Terminal Makmur sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Antara yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah:

1-Pengarah Unit Amal Negeri Pahang, Ustaz Rosli Jabar

2-Timbalan Pengarah Unit Amal Pahang Saharudin

3-Ahli-ahli Unit AMAL Negeri Pahang, dibawah Dewan Pemuda PAS Pahang

4-Ahli-ahli AMAL NISA' PAHANG


Operasi dijalankan sekitar jam 10.00 malam sehingga 12.45malam.


Antara agendanya adalah:

1-Pemberian cenderahati Aidilfitri kepada penumpang ketika mereka duduk menunggu di dalam bas.

2-Ucapan Selamat menyambut Aildifitri yang bakal tiba disisi keluarga tersayang dan Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai kedestinasi masing-masing.

2-Bacaan doa naik kenderaan secara bersama-sama dengan diketuai oleh wakil Unit Amal Pahang.


Alhamdulillah, rata-rata sambutan daripada penumpang-penumpang amat baik, mereka turut berasa gembira dengan pemberian tersebut.

Sekian. Terima kasih.


Disediakan oleh: Kor IT, Unit AMAL Indera Mahkota.


Tuesday, September 8, 2009

THE HOLLY QURAN TO BE BURNT!! (AL-QURAN AKAN DIBAKAR)

The Holy Quran will be burnt on next Sunday!! Carrefour refused to boycoot Israeli/ American / Denmark products. KFC( Kentucky fried Chicken), Mc Donalds Hardees, Burrger King, Pizza Hutt and Starbucks have decided to buy Denmark products to save thier losses.
Boycott Denmark products and Circulate this news to whoever you can!!!

Denmark wants to burn the Holy Quran next Saturday in the large ground in Coppenhangen (Capital city of Denmark ), in reply to the Islamic Boycott on thier products. Please let´s get together to boycott their products and pray to Allah Almighty to show them the result of thier intentions, which will be a lesson for the whole world.

Foward this to as many friends as you can

Denmark is losing


Please don’t let this mail stop in you PC. Hope you all know the Denmark newspaper, who made fun of our Prophet till now they do not regret... let us make them regret for good... The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel, all are trying to do some thing, just to stop the boycott by muslim. Since last month through which thier losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billoin Euros. Believers do not let this message stop in the pc.
Please forward this text to as many muslim as possible.. Can´t you spare 15 minutes in order to spread this message among muslim.....

ASAP???? REMEMBER THE PROPHET (saw) might ask you on the day of judgement. what did you do ? When they made fun of me? How did you defend me?

7- up drinks, Legos; Cadbury, Chocolates, Hall Chewing gums or any product with 57.
Please convince all muslim to circulate this to reach as many Muslims as possible.


Norlizawati Bidin

Mortgage Loan Division

84 Jalan Raja Chulan, P.O.Box 10846, 50927 Kuala Lumpur, Malaysia
T +603 2058 4838 (ext 2637), F +603 2161 7324

Thursday, August 20, 2009

Mesyuarat Kali ke-5 AMAL IM di Surau Hj Zar, Batu Hitam

  1. Bermula solat Isya' Berjemaah.
  2. Sesi Ta'atuf bersama penduduk setempat
  3. Jamuan Nasi Goreng Ayam, ditaja oleh PAS Cawangan Batu Hitam
  4. Mesyuarat AMAL kali ke-5
  5. Kehadiran hampir 13 orang
  6. Antara perkara dalam mesyuarat:
  • Kita perlu mengaktifkan pengambilan ahli.

Tuesday, August 18, 2009

Mesyuarat Post-Morterm Program Karnival Jualan Ogos AMAL 2009



Telah dihadiri oleh AJK-AJK pelaksana program, termasuk Pengarah, Timb. Pengarah, Bendahari, S/U dan lain-lain. Mesyuarat positif untuk penambahbaikan pada sesi akan datang. Pengarah dan Timnb. Pengarah, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini secara lansung atau tidak lansung.

Tarikh: 18 Ogos 2009
Tempat: Pusat Tarbiyah Islamiyyah Indera Mahkota (PUTRA)
Masa: 9.30malam


Bertugas di Majlis Makan Malam Bersama Dato Seri Chua Jui Ming

Unit Amal Indera Mahkota diminta bantuan oleh Kesatria Indera Mahkota (Angkatan Muda Keadilan) untuk membantu dalam menjaga lalulintas, parking dan lain-lain kebajikan.





Walhamdulillah.

Sunday, August 9, 2009

Karnival Amal Kali Ke-2 : 9 Ogos 2009










Laporan: Program Karnival Jualan Amal Indera Mahkota 2009

Nama program: Karnival Jualan Amal Indera Mahkota 2009

Tarikh: 9 Ogos 2009

Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Dataran Pusat Tarbiyyah Islaiyyah Indera Mahkota (PUTRA), Balok.

Pengenalan:

Karnival Jualan Amal sudah menjadi salah satu aktiviti bagi PAS kawasan Indera Mahkota bermula sejak tahun 2006. Kini karnival Amal datang lagi menampilkan kelainan dengan menonjolkan ciri-ciri sebuah program kekeluargaan dengan adanya persembahan anak-anak kecil, pertandingan mewarna, dan sukaneka. Ia juga sebagai program kemasyarakatan dengan adanya pameran pelbagai agensi swasta, pemeriksaan kesihatan percuma dan gerai jualan. Inilah sebenarnya keunikan dan tarikan kepada Karnival Jualan Amal.

Objektif:

  1. Mengumpul dana bagi kerja-kerja amal kebajikan untuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah (PKMDB) dan Unit Amal Indera Mahkota.
  2. Membantu peniaga-peniaga kecil mendapat sumber kewangan alternatif.
  3. Menjalin hubungan silaturrahim antara PKMDB & Unit Amal bersama-sama masyarakat setempat.

Konsep Program:

  1. Membeli sambil menderma.
  2. Pemeriksaan kesihatan PERCUMA.
  3. Hari bersama keluarga.
  4. Berhibur mengikut cara Islam.

Kehadiran pengunjung: Lebih kurang 500 orang

Agenda:

  1. Ketibaan VIP,
    1. YB Azan, MP Indera Mahkota (PKR)
    2. ADUN Beserah, YB Syed Muhamad Bin Tuan Lonnik (PAS).
    3. YDP PAS Kawasan Indera Mahkota, Nasrun Amir
  1. Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu rasmi Unit Amal Malaysia, Nasyid Al-Amalulillah.
  2. Pemerikasaan barisan Unit Amal Kawasan Indera Mahkota
  1. Perasmian program oleh Nasrun Amir, YDP PAS Kawasan Indera Mahkota.
  1. Ceramah kesihatan H1N1 oleh wakil doktor perubatan, Dr. Fazli dari NGO Perubaan bernama PAPISMA.
  1. Persembahan Nasyid, bacaan al-Quran, silat dan lain-lain daripada PASTI-PASTI dalam kawasan parlimen Indera Mahkota.
  1. Pertandingan Melukis dan Mewarna perbagai kategori Kanak-kanak
  1. Acara Sukaneka: Tiup belon sampai pecah, 2 kategori, kanak-kanak lelaki dan perempuan umur bawah 8 tahun sahaja.
  1. Cabutan bertuah, hadiah pelbagai Hamper dan satu cabutan terakhir istimewa hadiah basikal.
  1. Majlis bersurai.

Sekian. Terima Kasih. Wassalaam.

Ditulis oleh: Kor IT Unit Amal Indera Mahkota.

Disahkan oleh: Syeikh Azlan Bin , Ketua Penyelaras Unit Amal Indera Mahkota.

Jambori Unit Amal Negeri Pahang 17-19 Julai 2009
















Ceramah Kempen Mansuh ISA oleh Kak Norlaila, Isteri tahanan ISA 8 tahun

Ops Trafik Forum Perdana Taman LKNP