Followers

Thursday, May 27, 2010

Ziarah ukhuwah 2 YB "Kami Prihatin"

Program: Ziarah Al Haras (S/U Amal Indera Mahkota)
YB Syed Mohammad b Tuan Lonik (ADUN Beserah)
YB Fuziah Salleh (MP Kuantan)

Tarikh: 23 Mei 2010

Turut bersama: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Beserah
Jabatan Amal Indera Mahkota
Angkatan Muda Keadilan


YB DUN Beserah Tuan Syed Mohammad b. Tuan Lonik bersama YB Kuantan Hj Fuziah Salleh yang turut di temani suaminya Prof Rosdi.



Kunjungan yang amat memberi bermakna. Semoga dengan kunjungan ini dapat meredakan sedikit musibah yang dihadapi.


YB Beserah Tuan Syed Mohammad bersalaman dengan Al Haras sambil memberikan kata-kata peransang.




Sebahagian sahabat yang turut sama menziarahi Al Haras



Al Haras gambar terkini "semoga cepat sembuh"



Al Haras bersama "aktivis " saudara Azira dan saudara Nuruddeen (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah)

Wednesday, May 19, 2010

Program Penerangan Jabatan IM di Caw Zon 1

Nama Program : Dialog dan Penerangan Jabatan Amal Indera Mahkota di Zon 1 (Caw. Sg Ular, Caw. Cherating & Caw. Chendor)

Tempat : Surau Kubang Ikan, Chendor

Tarikh : 18 Mei 2010

Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Ust Suhaimi Saad sedang menyampaikan kuliah yang bertajuk `Aqidah yang Satu`

Antara hadirin yang hadir memeriahkan program.


Sebahagian anggota Amal Indera Mahkota yang hadir


Sesi penerangan dan dialog oleh Komander Jabatan Amal Indera Mahkota, Saudara Sheikh Azlan.

Ketua Pemuda Cawangan Cherating, Tg Zaidi menyerahkan borang ahli Amal Indera Mahkota kepada Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Ust Suhaimi Saad.


Penyerahan borang keahlian anggota Amal Indera Mahkota oleh Ketua Pemuda Cawangan Chendor Saudara Rauf kepada Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang Ust Suhaimi Saad


Bergambar bersama Ketua DewanPemuda Pas Negeri seusai program

Sunday, May 9, 2010

Doa untuk Alharas Abdullah


Jam 2.30 petang 3 mei saya menerima mesej dari Ust Zaki, Alharas kemalangan teruk. Lalu saya terus menghubungi sahabat-sahabat yang lain untuk mengetahui segala-galanya.

Sebahagian sahabat telah berada di wad kecemasan melaporkan keadaan Haras kritikal.
Kaki dan tangannya patah. Sebelah matanya kemungkinan rosak. Ada sedikit kecederaan pada kepala akibat hentakan yang kuat.

Saya mengenali secara rapat Saudara Haras setelah berpindah ke Balok Permai. Beliau yang bertungkus lumus mencari rumah sewa untuk saya.
Sepanjang perkenalan saya dapati beliau seorang yang baik, tuturkatanya lemah lembut, Pada ketika Avanza saya bermasalah untuk saya menghadiri mesyuarat di Temerloh, beliaulah yang menawarkan kereta Myvinya kepada saya.

Atas sikap suka menolong dan prihatin pada masalah masyarakat setempat beliau dipilih oleh ahli karyah sebagai pengerusi Surau Balok Permai. Di Bawah pimpinannya, surau itu hidup dengan majlis ilmu

Beliau sangat istiqamah dengan Unit Amal. Bertungkus lumus menampal poster jika ada ceramah di kawasan ini. Sahabat-sahabat yang mengikut beliau untuk menampal poster memberitahu saya, selagi poster yang diberikan padanya belum habis ditampal beliau tak akan balik ke rumah. Kadang-kadang jam 3 pagi baru mereka boleh sampai ke rumah.

Saya berkesempatan melawat beliau, hati saya sayu melihat beliau. Dalam keadaan separa sedar mulutnya tak lepas membaca ayat-ayat suci Al Quran. Segala ayat yang beliau hafal keluar dari mulutnya.

Dibeberapa tempat kuliah saya saya telah lancarkan derma untuk beliau. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai 3 anak. Jika saudara-saudara nak membantu beliau, masukkan ke:
Akaun Unit Amal Indera Mahkota
Bank Islam 0 6 0 1 9 0 1 0 0 8 0 6 5 1

Thursday, May 6, 2010

Setiausaha AMAL Indera Mahkota Kemalangan Jalan Raya


Salam Ukhuwah!
Salam Perjuangan!

Al-Akh Al-Haras, Setiausaha AMAL Indera Mahkota masih berada dalam keadaan kritikal dan berada di Wad 5C katil 13.

Mari kita sama-sama mendo'kan agar beliau diberikan kekuatan dan cepat sembuh.

Sk: Setiausaha & Ketua DPP & YDP PAS Indera Mahkota, Pahang.

*Siapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh masukkan duit ke akaun bank:
No. Akaun: BIMB 0601901008065

Kemudian boleh SMS berapa jumlah kepada Ketua Penyelaras AMAL Indera Mahkota Al-Akh Syeikh Azlan di no.hp 019-9263699

Jom gi ziarah!