Followers

Sunday, August 29, 2010

Singgah sahur PAS Kawasan Indera Mahkota: fasa 1

Alhamdulillah, PAS Kawasan Indera Mahkota telah berjaya mengadakan program 'SINGGAH SAHUR' fasa 1. Sasaran pemberian sumbangan sahur ini adalah Balai Bomba Gebeng, Pondok Polis Gebeng, Pondok Polis Balok dan Balai Polis Beserah.

Program ini disertai oleh YDP IM, Nasrun Amir, YB Beserah Syed Mohammad, KP DPP IM Yusri Ibrahim, Komander Jabatan Amal IM Sheikh Azlan serta AJK PAS Kawasan dan aktivitis parti.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan serta mengeratkan ukhuwah di antara pasukan keselamatan dengan PAS Kawasan Indera Mahkota.

Pihak PAS Kawasan Indera Mahkota merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang, serta para petugas semua. Jazakallah...

demikianlah titipan yang kami lampirkan..


























Thursday, August 26, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa dan Hari Memperingati al-Quds

Program : Majlis Berbuka Puasa dan Hari Memperingati al-Quds Kawasan Indera Mahkota

Tarikh : 21 Ogos 2010
Tempat : PUTRA, Balok
Acara : Tazkirah Ramadhan
Berbuka Puasa
Solat Tarawih berjemaah
Tayangan memperingati al-Quds


Komander Amal Indera Mahkota, Saudara Sheikh Azlan sedang membersihkan longkang (sempat lagi berposing)



Harap-harap menyala...


Anggota Amal Indera Mahkota, saudara Zulkifli sedang menunjukkan kekuatannya dengan menarik kerusi.



"Air ni bagus untuk kesihatan," mungkin ini yang diberitahu oleh saudara Azira kepada S/U PAS Indera Mahkota, Syed Zul



Hj Yusof dan Abang Pie sedang memasang PA untuk tayangan Palestin malam ini.




Hati-hati...jangan sampai terkena kejutan, nanti tak sempat beraya...


KP DPP Indera Mahkota, saudara Yusri Ibrahim dan Syed Zul sedang menurunkan gulai lembu untuk berbuka puasa nanti.



Ustaz Zainal Abidin menyampaikan tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa.



Para hadirin yang sedang mendengar tazkirah



Alhamdulillah

Muslimat berbuka di dalam dewan Putra.

Allahu akbar..Allahu akbar...waktu yang dinanti-nanti...



Solat Tarawih yang di imamkan oleh imam tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Fikri



YDP Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir sedang menyampaikan sedikit tazkirah serta penghargaan terima kasih kepada semua yang hadir.



Alhamdulillah, pujian buat Tuhan yang menguasai semesta alam.


Saudara Mahmud (Pusat KhidmatMasyarakat DUN Beserah) dan saudara Yusri Ibrahim (KP DPP Indera Mahkota)


Menyaksikan tayangan Palestin sempena hari memperingati hari al-Quds

Monday, August 23, 2010

Ijtima`Tarbawi kawasan Indera Mahkota

Program : Ijtima` Tarbawi Kawasan Indera Mahkota

Tarikh : 19 Ogos 2010

Tempat : Dewan PUTRA, Balok

Pembentang : YB Ustaz Wan Hasan (ADun Sura)

Sedang menikmati juadah yang disediakan, turut kelihatan KP DPP Indera Mahkota Saudara Yusri Ibrahim


YB Ustaz Wan Hasan sedang menyampaikan kuliah

Di antara hadirin yang hadir
YB Ustaz Syed Mohammad, ADUN Beserah sedang berbual dengan seorang hadirin

Tuesday, August 10, 2010

Jambori Amal Pahang kali ke - 13 (Episod 2)

Pengarah program, Sheikh Azlan sedang menyampaikan taklimat kepada semua peserta




Bersiap sedia sebelum senaman


Sesi riadah pagi yang dipimpin oleh seorang AJK urusetia



Sesi senaman, badan sihat otak cergas...



Saudara Zulkifli, ketua kontinjen Amal Indera Mahkota yang sentiasa mengambil berat akan anak buahnya




Buat apa tu? Saudara Sabree sedang menunjukkan cara yang betul untuk menajamkan kayu.


Segak dan bergaya...


Komander Amal sedang memberi arahan kepada semua

Monday, August 9, 2010

Jambori Amal Pahang kali ke - 13 (Episod 1)

Program : Jambori Amal Negeri Pahang kali ke - 13
Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010
Tempat : Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing
Pengarah program : Sheikh Azlan b Sheikh Abd Aziz (Komander Amal Indera Mahkota)

Alhamdulillah, Jambori pada tahun ini Jabatan Amal Indera Mahkota telah menghantar seramai 20 orang peserta. Iatelah dirasmikan oleh saudara Azwan Ismail, Timbalan Pengarah 4 Jabatan Amal Pusat, dan sekaligus melancarkan Briged Amal dan Kadet Amal peringkat Negeri Pahang. Di harap dengan pelancaran ini, akan menjadi kesinambungan kepada anggota Jabatan Amal yang ada.

Pada program kali ke 13 ini, Komander Amal Indera Mahkota telah dilantik sebagai pengarah program. Tahniah!!!

Jambori Amal Negeri Pahang merupakan acara tahunan pertubuhan badan beruniform Jabatan Amal Malaysia. Telah hadir lebih kurang 300 ahli Jabatan Amal Kawasan dari semua kawasan dalam Negeri Pahang.

Berbagai aktiviti telah diadakan termasuklah kuliah maghrib dan subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Saharudin Mohammad serta beberapa orang ustaz dari Pondok An-Nur dan Pondok Darul Fikri.
Beberapa pertandingan antara kawasan juga turut diadakan diantaranya kawad kaki individu, pertolongan cemas, amal race, masakan, permainan tradisional dan sebagainya.

Manakala disebelah malam pula diadakan pertandingan nasyid dan pidato, yang menyaksikan bakat-bakat terpendam para peserta berjaya dicungkil.

Tahniah kepada peserta Briged Amal IM yang telah memenangi hadiah beberapa acara yang dipertandingan. Insya-Allah tahun hadapan kita bertemu semula di Temerloh...


`Orang dapur` yang banyak berjasa menyediakan makanan untuk semua kontinjen, hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Jazakallah...


Tapak perkhemahan


Kusyuk mendengar kuliah maghrib. Kelihatan pengarah program, Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz (baju hijau)


Alhamdulillah..

Solat Isya` berjemaah,


Di antara saf urusetia yang mengendalikan program jambori ini



Ketua Keselamatan, Saudara Firdauz sedang menyampaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan diantaranya "jangan mandi sungai tanpa kebenaran saya.."



KP DPP Kawasan Paya Besar, Ustaz Tarmizi Yahya sedang menunjukkan beberapa cara ikatan dan simpulan kepada para briged amal.