Followers

Friday, August 26, 2011

Perutusan Aidilfitri Pesuruhjaya PAS Pahang

Eidul fitri bermaksud kembali kepada fitrah. Fitrah asal kita yang suci bersih, patuh dan taat kepada perintah Allah. Hari raya yang mengingatkan kita betapa satu waktu dahulu kita solat berjamaah setiap waktu, kita mengaji Quran di rumah tok guru,kita bermain dengan adik abang kita, berlari seronok bersama ayah ibu, kita bahagia bersama kawan-kawan dengan gurauan dan tawa, bersama baju baru dan kasut baru, walau hanya kasut plastik berwarna putih.

Hari ini kita diminta ingat dan kembali kepada fitrah ketaatan kepada perintah Allah. Kebahagiaan bersama keluarga tanpa durhaka kepada Allah, kembali kepada kegembiraan bersama adik-beradik yang saling sayang menyayangi. Alangkah indahnya kalau sejarah lalu dapat diulang kembali.

Namun di hari mulia ini, marilah kita tauti semula kasih sayang, kita padukan semula persaudaraan, kita damaikan semula persengketaan, kita dendang kembali lagu persahabatan yang telah lama kita tinggalkan. Mari kita kembali kepada fitrah ketuhanan yang perlu kita perjuangkan bagi kemenangan Islam.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin daripada Pesuruhjaya dan seluruh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang, serta ahli dan penyokong PAS seluruh Pahang.

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Thursday, August 25, 2011

Clean Up the World


Salam Semua, Satu Program 'Clean Up The World Malaysia 2011' atau 'Hari Pembersihan Bumi Malaysia 2011' Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di Sg.Ular Dan Balok Kuantan pada 17 & 18hb September 2011 oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia dan Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang sempena sambutan Clean Up The World Sedunia 2011. Pelbagai aktiviti pemuliharaan Alam Sekitar, Ceramah Perdana, Makan Malam Perdana, Larian/Kayuhan Basikal Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Berkonsepkan Cintai Alam Sekitar, Syair/Puisi Alam Sekitar serta Jamuan Sambutan Aidilfitri peringkat PAS Kawasan Indera Mahkota akan diadakan. Semua dijemput hadir sebagai tanda protes kepada bantahan Kilang LAMP milik LYNAS serta pencemaran Tahap II-III Sungai Balok Kuantan. Ayuh Bersihkan Alam, Hijaukan Bumi Malaysia.