Followers

Thursday, October 17, 2013

Rakyat bantah nadir bumi ke Pelabuhan Kuantan malam tadi


Apabila menerima maklumat tentang kehadiran kapal pengangkut "Red Recource" yang akan membawa Nadir Bumi Syarikat Lynas dari Australia dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober 2013, maka rakyat yang sekian lama menentang projek Lynas telah berkumpul di Pelabuhan bagi menunjukkan Solidariti membantah kehadiran kapal berkenaan.

Sebelum itu, melalui Pejabat Ahli Parlimen Kuantan satu surat telah dihantar kepada Menteri bertanggungjawab untuk menggesa agar kehadiran kapal berkenaan dapat dibatalkan.

Malam tadi, sekumpulan Anti Lynas telah turun dan berkumpul di Pelabuhan bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada pihak berkenaan bahawa kehadiran Nadir Bumi tersebut dibantah sekeras-kerasnya. Di antara yang turut bersama rakyat bersolidariti malam tadi adalah kesemua YB dari PR terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota termasuk Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.

Mereka berkumpul dengan membunyikan 'horn' dan menyalakan lampu kenderaan masing-masing tepat jam 12.00 tengah malam tadi seterusnya berkumpul bersama sepanduk dan banner.

Wednesday, October 2, 2013

Majlis Serahan Tugas Komander AMAL Indera Mahkota


Pada 02 Oktober 2013 bertempat di Dewan PUTRA, Balok telah diadakan Majlis Serahan Tugas Komander Amal Indera Mahkota.

Majlis ini diadakan bagi meraikan al-Fadhil Saudara Sh Azlan bin Sh Abd Aziz yang telah menamatkan tugas beliau berkuatkuasa pada pada tarikh tersebut. Ini berikutan beliau telah diamanahkan untuk menjawat jawatan diperingkat negeri iaitu sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Negeri Pahang.

Sepanjang beliau bertugas sebagai Komander Amal Indera Mahkota banyak program dan aktiviti yang telah diadakan bagi memperkenalkan dan menaikkan nama Jabatan Amal di tengah masyarakat. 

Antara ucapan terakhir, beliau mengingatkan semua warga Amal IM agar sentiasa berkerja dengan lebih gigih dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah SWT untuk kepentingan organisasi dan PAS khususnya. Ini selaras dengan motto Jabatan Amal itu sendiri iaitu "BERAMAL KERANA ALLAH".

Disamping itu juga, majlis ini turut mengalu-alukan kedatangan pengganti beliau iaitu al-Fadhil Saudara Mohd Hassan bin Syamsuddin dalam simbolik acara penyerahan fail tugas kepada pengantinya itu.

Saudara Mohd Hassan Syamsudin dalam ucapannya menyeru kepada semua anggota Amal IM agar sentiasa membantu beliau dalam menjalankan tugasnya.

Terdahulu majlis ini turut mendapat suntikan motivasi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda DPPIM, al-Fadhil Ustaz Zainal Abidin Mohammad.  

Sunday, September 22, 2013

Laksana 4 program tarbiah wajib – Tuan Ibrahim


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.

Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.

"Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih.

“Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian,” ujarnya. Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.

Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat)