Followers

Tuesday, May 31, 2011

Demo Lynas hampir cetus pergaduhan


Perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan oleh kumpulan “Selamatkan Malaysia” hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu.

Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.

'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap.

Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan.

Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis.

Bagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan.

"Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan.

Save Malaysia -- pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet -- kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu kira-kira jam 9.30am.

Sementara kumpulan yang menyokong projek Lynas masih tetap di situ.

Sementara itu, Bernama melaporkan panel terbabit yang terdiri daripada ahli profesional pelbagai bidang dari Kanada, Finland, India, Itali, Belanda dan United Kingdom antaranya menemui wakil Majlis Peguam Pahang, ADUN Beserah dari PAS, Syed Mohammad Tuan Lonik dan ADUN Semambu dari BN, Datuk Pang Tsu Ming.

Namun, berlaku sedikit kekecohan apabila kumpulan lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan Syed Mohammad yang mengadakan sidang akhbar di luar lobi hotel berkenaan selepas pertemuan itu sehingga memaksa polis mengiringi wakil rakyat tersebut ke kenderaannya bagi mengelak dikasari.

Kumpulan lelaki terbabit juga cuba merampas kamera dua wartawan akhbar berbahasa Cina yang merakam kekecohan itu.

Salah seorang wartawan terbabit, Lee Siew Ting berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku kerana beliau hanya menjalankan tugas.

"Kami bertugas secara profesional dan mereka sepatutnya menghormati tugas pemberita," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wakil daripada kumpulan lelaki terbabit kemudian tampil meminta maaf atas kejadian tersebut dan mengakui ia tidak sepatutnya berlaku.

"Mereka mungkin sedang marah ketika itu dan hilang pertimbangan sehingga boleh bertindak demikian," kata salah seorang wakil yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata beliau telah memberi amaran terakhir kepada kumpulan penyokong dan anti projek Lynas supaya tidak lagi mencetuskan kekecohan seperti itu.

Katanya polis sentiasa bersiap sedia dengan menempatkan anggota sepanjang masa termasuk anggota Cawangan Khas dan Pasukan Penggempur Ringan (LSF) bagi memantau serta mengawal keadaan ketika panel IAEA menjalankan tugas.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kerajaan Malaysia telah menjemput panel pakar dari IAEA berkenaan untuk menyiasat isu kesihatan dan keselamatan berhubung projek pembinaan kilang berkenaan. (Malaysiakini)

Friday, May 27, 2011

LYNAS: Bencana yang tidak berperi

video

Ryan Albrey sudah berpesan.

Anak muda dari Perth Australia ini berusaha untuk berbahasa Melayu. Bahasa orang Gebeng, bahasa orang Pahang, bahasa orang kita.

Jangan bergantung kepada sarikata. Mungkin ada penyelewengan pada terjemahan.

Namun setelah mesej beliau disampaikan dengan begitu jelas, andai kita masih tidak faham, anggap sahajalah Kilang Lynas itu sebagai bencana dari Allah atas kebodohan yang tidak boleh dimaafkan.

Moga Allah celikkan mata kita daripada kesombongan yang tidak berperi ini.

Saya jiran Bukit Merah, kawasan berhantu yang kini sepi penuh misteri dan keji.

(Saifulisam.com)

Wednesday, May 18, 2011

Bersama Saudara ANN WAN SENG ABDULLAH

HADIR BERAMAI-RAMAI!!!

(klik foto untuk pembesaran)

Sunday, May 8, 2011

Misi Dakwah: Edar Risalah "Kami Benci Judi"

Program : Edar Risalah 'Kami Benci Judi"
Tarikh : 07 mei 2011
Tempat : Tapak Funfair Chengal Lempong

Seramai 15 orang anggota Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota (DPPIM) telah terlibat dalam misi dakwah ini. Disamping mengedar risalah, kami juga menyantuni dan menyampaikan sedikit nasihat dengan penuh hikmah. Rata-rata pengunjung menerima baik, walaupun ada segelintir kecil yang menunjukkan reaksi kurang senang. Itu semua tidak sedikit pun menjejaskan usaha kami ini, kerana kami adalah "DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG". Kami benar-benar ingin merealisasikannya.

Alhamdulillah, misi dakwah ini telah mencapai matlamatnya.

Tapak funfair yang bermandi cahaya


Antara permainan yang ada


Sebahagian pengunjung


Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, Ustaz Mohd Zaki sedang menyampaikan risalah dakwah kepada seorang anak muda yang berkunjung


Lagi pengunjung di salah sebuah gerai permainan


Anggota DPPIM yang turut sama dalam misi dakwah


Buaian berpusing


Berpusu-pusu


Naib Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, saudara Wan Ismail sedang menyantuni salah seorang pengunjung

Sunday, May 1, 2011

Gambar Lucah Di Media; Mana Peranan KDN

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 29 APRIL 2011 09:43

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Sedar Bahaya Rasuah, Bila Projek Untuk Kroni Sudah Habis

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
TUESDAY, 26 APRIL 2011 10:13


Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.