Alhamdulillah, walaupun agak keletihan menempuh perjalanan jauh hampir lima jam namun kepuasan tergambar diwajah kami. Selama 3 hari kami berkampung di Maahad an-Nuriah ad-Diniyyah, Sungai Udang, Melaka. Pada asalnya jambori ini dijadualkan akan diadakan di Kem Pengakap, Bukit Katil tetapi terpaksa dipindah ke maahad tersebut kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Walaupun begitu, syabas di ucapkan kepada Jabatan Amal Melaka yang telah bertungkus lumus membuat persiapan bagi memastikan setiap kontinjen Amal Negeri lain berada dalam keadaan baik dan selesa.

Lencana Jambori Amal Kebangsaan 2010

Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Thantawi sedang menyampaikan ucapan perasmian Jambori Amal Kebangsaan 2010

Pemeriksaan saf

Berdoa semoga jambori ini berjalan dengan jayanya

Acara bola tampar pantai, salah satu acara yang dipertandingkan

Saudara Azhan Atan sedang menyampaikan lagu sambil diiringi petikan gitar

Peresmbahan nasyid oleh Briged Amal

Sebahagian penonton

Ustaz Kamal Ashaari sedang menyampaikan tazkirah sebagai suntikan semangat kepada semua

Gerai Amal Indera Mahkota

Pasukan kawad dari negeri Pahang

Pengarah Amal Pusat, saudara Johari Osman bersama dengan Ustaz Abd Ghani Abd Rahman yang merasmikan penutup jambori kali ke 18 ini

Segak dan gagah


Cenderamata dari jabatan Amal kepada Ustaz Abd Ghani

Kita jumpa di Pahang, penyerahan bendera Amal oleh wakil tuan rumah kepada Ustaz Sahrudin Mohammad selaku ketua kontinjen negeri Pahang yang bermaksud Pahang sebagai tuan rumah jambori tahun hadapan