Followers

Thursday, July 29, 2010

Ceramah Isu Semasa Di Cawangan Chendor

Program : Ceramah Isu Semasa
Tarikh : 24 Julai 2010
Tempat : Markas PAS Cawangan Chendor (Indera Mahkota)
Penceramah : YB Tuan Syed Mohammad Tuan Lonik (ADUN Beserah)
YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota)
Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PJ PAS Phg/Naib Presiden PAS)


Alhamdulillah, pada 24 Julai 2010 satu ceramah isu semasa telah diadakan di Cawangan Chendor. Ramai anggota Amal yang turun bertugas yang terdiri daripada anggota Amal cawangan di situ. Dikatakan juga ceramah di cawangan ini telah lama tidak diadakan, ceramah terakhir ialah kira-kira 15 tahun yang lalu. Dengan berjayanya ceramah ini, diharap cawangan Chendor ini dapat kembali aktif seperti dahulu. (Kutipan derma jihad juga amat memberansangkan). Terima kasih kepada anggota Amal yang bertugas dan tahniah kepada AJK cawangan Chendor yang bertungkus lumus menjayakan ceramah ini. Jazakallah....


Hati-hati gantung banner, semangat-semangat juga keselamatan mesti diutamakan






MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, UNDILAH PAS.






Ahli cawangan yang bersemangat waja...teruskan.



YB DUN Beserah, Tuan Syed Mohammad sedang menyampaikan ceramah







YB Azan Ismail, MP Indera Mahkota selaku penceramah kedua



Alhamdulillah.....






Naib Presiden PAS/ Pesuruh Jaya PAS Pahang, Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man



Tiga tokoh pejuang






Sesi bergambar...perkara biasa selepas ceramah





Ustaz Tuan Ibrahim bersalaman dengan anggota Amal sebelum berangkat pulang




Friday, July 23, 2010

Jabatan Amal IM @ Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Program : Kuliah Maghrib (Ustaz Azhar Idrus)
Tempat : Masjid Qaryah Balok, Kuantan
Tarikh : 19 Julai 2010

Pada 19 Julai yang lalu Jabatan Amal IM sekali lagi diberi tugasan untuk membantu kuliah Ustaz Azhar Idrus. Program ini adalah kerjasama dengan AJK Masjid Qaryah Balok. Alhamdulillah, walaupun dengan lautan orang ramai yang hadir tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih kepada semua anggota Amal IM yang turun membantu program ini.


Komander Amal IM, Sheikh Azlan sedang mengambil kehadiran anggota Amal yang bertugas

YDP Indera Mahkota, Nasrun Amir bersama TYDP Indera Mahkota, Aziz Ahmad sedang bertanya sesuatu kepada perugas Amal IM.


Di antara 'peminat' Ustaz Azhar Idrus sedang mendengar kuliah yang disampaikan.


Ramainya....


Terpaksa berdiri di luar kerana di dalam masjid sudah penuh


Kaunter daftar pemilih turut dibuka



Di antara gerai-gerai yang turut memeriahkan program kuliah




Di antara anggota Amal IM yang bertugas turut mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus


Di luar pun penuh

Sesi bergambar seusai kuliah bersama Ustaz Azhar Idrus

Acara makan yang sentiasa ada selepas sesuat program. terima kasih kepada jawatankuasa masjid yang menyediakan nasi beriani.

Wednesday, July 21, 2010

Ops Tebas di perkuburan Batu Hitam

Program : Ops Tebas di perkuburan Batu Hitam
Tarikh : 18 Julai 2010

Alhamdulillah, pada 18 Julai yang lalu Jabatan Amal Indera Mahkota telah menjayakan gotong royong di perkuburan Batu Hitam, Kuantan.Ia adalah kerjasama bersama AJK Surau Hj. Zar dan penduduk kampung Batu Hitam.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Ops Tebas ini. Jazakallah...

Sebelum Ops Tebas.



Hj Yusof sedang membersihkan pagar sebelum di cat.

Siapa yang menutup muka tu?



Kerja-kerja mengecat sedang dijalankan, letih ke sampai bersandar?


Posing jangan tak posing.


Saudara Amir sedang menunjukkan kehebatannya mengecat tiang pagar.


Komander Amal Indera Mahkota sedang memposingkan dirinya di samping banner Ops Tebas.


Saudara Johari yang telah ditukarkan bertugas di Tawau juga turun dalam ops tebas. Beliau yang kebetulan akan menghadiri kursus di Selangor pada keesokan harinya. (Saudara Johari berasal dari Kg Batu Hitam)

Sunday, July 18, 2010

Forum Perdana sempena 10 Tahun Al-Irsyad Balok

Sempena 10 tahun Sekolah Rendah Al-Irsyad, pihak PIBG sekolah dengan kerjasama BASF Petronas Chemical telah menganjurkan satu forum perdana yang bertajuk "PENDIDIKAN ISLAM CABARAN & MASA DEPAN". Forum ini telah dibarisi oleh ahli panel yang tidak kurang hebatnya seperti Ustaz Badrul Huzaini (Nadwah Pahang), Ustaz Asmawi (JAIP) dan Ustaz Basri Ibrahim (SRAIB).

Pihak Jabatan Amal Indera Mahkota telah di jemput untuk membantu kelancaran program ini. Terima kasih di ucapkan kepada anggota amal IM yang turut sama menjayakan program ini.


Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh pelajar sekolah.


Di antara tetamu kehormat yang hadir.


Sebahagian anggota amal IM yang turut membantu kelancaran Forum perdana ini.


Ahli panel sedang mengupas tajuk yang diberikan.


Sebahagian hadirin yang turut sama memeriahkan program ini.


Lagi anggota amal IM.

Friday, July 16, 2010

Ijtima` Tarbawi Kawasan Indera Mahkota

Bertempat di PUTRA, Ijtima` Tarbawi bulanan di peringkat Kawasan Indera Mahkota telah diadakan pada 15 Julai 2010. Ianya telah di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Saharudin Mohamad. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Pahang.

Kuliah ini berpandukan kitab Risalah Ta`lim karangan as-Syahid Hasan al-Banna.


al-Fadhil Ustaz Saharudin Mohamad sedang menyampaikan kuliah kepada hadirin.


Di antara hadirin yang sedang kusyuk mendengar isi kuliah. Turut sama YDP Indera Mahkota, Nasrun Amir Abdullah (bersila)


Seorang peserta sedang mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab.

Ustaz Saharudin Mohamad sedang menjawab soalan yang ditanya oleh hadirin.

Thursday, July 15, 2010

Kuliah Maghrib YB Titi Serong di masjid Qaryah Balok

Program: Kuliah maghrib oleh YB Ust Drs Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong)
Tarikh: 14 Julai 2010
Tempat: Masjid Qaryah Balok



YB Khalil Idham Lim sedang menyampaikan kuliah di Masjid Qaryah Balok

Para hadirin sedang kusyuk mendengar butir-butir kuliah

Di antara hadirin yang hadir



Setelah kuliah di Masjid Qaryah Balok, YB Khalil Idham Lim segera menuju ke tempat ceramah di Pasti as-Sa`adah, Kg Razali. Seperti biasa anggota Amal di tugaskan untuk mengiringi beliau.