Followers
Friday, January 7, 2011
Kejohanan Futsal Dewan Pemuda PAS kawasan Indera Mahkota (IM)
Kejohanan Futsal Dewan Pemuda PAS kawasan Indera Mahkota (IM). Ianya diadakan pada 01 Januari 2010. Sebanyak 42 Pasukan berentap di gelanggang Planet Futsal Semambu. Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS IM yang berjaya saban tahun menganjurkan Futsal. Sepanjang futsal berlangsung, kaunter daftar pemilih dan keahlian PAS dibuka. Risalah juga diedarkan kepada pemain dan penyokong yang memenuhi dewan Futsal.
KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan sumbangan kepada ketua pengadil, beliau juga merasmikan penutup kejohanan
Tuesday, January 4, 2011
Sumbangan Bantuan Banjir PAS Indera Mahkota
Pada 30 Disember 2010 yang lalu, beberapa tempat dalam kawasan Indera Mahkota telah di naiki air. Ini berikutan hujan yang turun selama tiga hari tanpa henti.
Di antar kawasan yang terjejas termasuklah Kampung Sungai Karang Darat, Taman Pelindung Perdana, Seberang Balok dan kawasan sekitarnya.
PAS Indera Mahkota segera menggerakkan unit banjirnya bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Pimpinan kawasan telah turut sama melawat kawasan terlibat serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
"DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG" kami realisasikan...




YDP PAS Indera Mahkota, Haji Nasrun Amir bersama KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad menyampaikan sumbangan

Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota, saudara Andansura sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk

Di antar kawasan yang terjejas termasuklah Kampung Sungai Karang Darat, Taman Pelindung Perdana, Seberang Balok dan kawasan sekitarnya.
PAS Indera Mahkota segera menggerakkan unit banjirnya bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Pimpinan kawasan telah turut sama melawat kawasan terlibat serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
"DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG" kami realisasikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)