Followers

Thursday, October 17, 2013

Rakyat bantah nadir bumi ke Pelabuhan Kuantan malam tadi


Apabila menerima maklumat tentang kehadiran kapal pengangkut "Red Recource" yang akan membawa Nadir Bumi Syarikat Lynas dari Australia dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober 2013, maka rakyat yang sekian lama menentang projek Lynas telah berkumpul di Pelabuhan bagi menunjukkan Solidariti membantah kehadiran kapal berkenaan.

Sebelum itu, melalui Pejabat Ahli Parlimen Kuantan satu surat telah dihantar kepada Menteri bertanggungjawab untuk menggesa agar kehadiran kapal berkenaan dapat dibatalkan.

Malam tadi, sekumpulan Anti Lynas telah turun dan berkumpul di Pelabuhan bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada pihak berkenaan bahawa kehadiran Nadir Bumi tersebut dibantah sekeras-kerasnya. Di antara yang turut bersama rakyat bersolidariti malam tadi adalah kesemua YB dari PR terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota termasuk Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.

Mereka berkumpul dengan membunyikan 'horn' dan menyalakan lampu kenderaan masing-masing tepat jam 12.00 tengah malam tadi seterusnya berkumpul bersama sepanduk dan banner.

Wednesday, October 2, 2013

Majlis Serahan Tugas Komander AMAL Indera Mahkota


Pada 02 Oktober 2013 bertempat di Dewan PUTRA, Balok telah diadakan Majlis Serahan Tugas Komander Amal Indera Mahkota.

Majlis ini diadakan bagi meraikan al-Fadhil Saudara Sh Azlan bin Sh Abd Aziz yang telah menamatkan tugas beliau berkuatkuasa pada pada tarikh tersebut. Ini berikutan beliau telah diamanahkan untuk menjawat jawatan diperingkat negeri iaitu sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Negeri Pahang.

Sepanjang beliau bertugas sebagai Komander Amal Indera Mahkota banyak program dan aktiviti yang telah diadakan bagi memperkenalkan dan menaikkan nama Jabatan Amal di tengah masyarakat. 

Antara ucapan terakhir, beliau mengingatkan semua warga Amal IM agar sentiasa berkerja dengan lebih gigih dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah SWT untuk kepentingan organisasi dan PAS khususnya. Ini selaras dengan motto Jabatan Amal itu sendiri iaitu "BERAMAL KERANA ALLAH".

Disamping itu juga, majlis ini turut mengalu-alukan kedatangan pengganti beliau iaitu al-Fadhil Saudara Mohd Hassan bin Syamsuddin dalam simbolik acara penyerahan fail tugas kepada pengantinya itu.

Saudara Mohd Hassan Syamsudin dalam ucapannya menyeru kepada semua anggota Amal IM agar sentiasa membantu beliau dalam menjalankan tugasnya.

Terdahulu majlis ini turut mendapat suntikan motivasi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda DPPIM, al-Fadhil Ustaz Zainal Abidin Mohammad.  

Sunday, September 22, 2013

Laksana 4 program tarbiah wajib – Tuan Ibrahim


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.

Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.

"Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih.

“Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian,” ujarnya. Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.

Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat)

Tuesday, October 2, 2012

Jambori Amal Kebangsaan 2012

Jom anggota amal sekelian, jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya. Bermacam-macam aktiviti yang menarik akan diadakan.

Tarikh : 05 - 07 Oktober 2012
Tempat : Pelangi Beach Resort, Balok Kuantan Pahang

JUMPA DI SANA!!!



Wednesday, September 19, 2012

Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

Harakahdaily, 19 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, DPPM sedari awal, sejak Rabu, 12 September lalu telah memutuskan untuk mengadakan himpunan di Kedutaan Amerika itu pada Jumaat ini.

Sedangkan hanya pada Isnin, 17 September lalu, beliau mengetahui melalui media bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama.

"Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah “dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya," katanya lagi.

Nasrudin juga melahirkan rasa hairan kenapa isu 'pelawaan' tersebut dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar.

"Atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru akan turun demonstrasi?

"Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?" soalnya.

Friday, December 16, 2011

PAS Cawangan Chendor Berbakti Lagi



Keratan Akhbar Sinar Harian 12 Dec 2011 - Terima Kasih kepada PAS Kawasan Indera Mahkota, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah & semua yang terlibat menjayakan gotong-royong ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang.

Sunday, September 11, 2011

KEMPEN PEMBERSIHAN BUMI PERINGKAT NASIONAL

TARIKH : 17 - 18 - 2011
TEMPAT : SUNGAI ULAR DAN BALOK

(klik imej untuk pembesaran)

DATANG BERAMAI-RAMAI!!!

Friday, September 2, 2011

Mohamad Sabu tak sebut komunis

Kenyataan Media Pakatan Rakyat
(Sumber: HarakahDaily)

Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.

Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS

Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN

Liew Chin Tong, DAP

2 September 2011

Friday, August 26, 2011

Perutusan Aidilfitri Pesuruhjaya PAS Pahang

Eidul fitri bermaksud kembali kepada fitrah. Fitrah asal kita yang suci bersih, patuh dan taat kepada perintah Allah. Hari raya yang mengingatkan kita betapa satu waktu dahulu kita solat berjamaah setiap waktu, kita mengaji Quran di rumah tok guru,kita bermain dengan adik abang kita, berlari seronok bersama ayah ibu, kita bahagia bersama kawan-kawan dengan gurauan dan tawa, bersama baju baru dan kasut baru, walau hanya kasut plastik berwarna putih.

Hari ini kita diminta ingat dan kembali kepada fitrah ketaatan kepada perintah Allah. Kebahagiaan bersama keluarga tanpa durhaka kepada Allah, kembali kepada kegembiraan bersama adik-beradik yang saling sayang menyayangi. Alangkah indahnya kalau sejarah lalu dapat diulang kembali.

Namun di hari mulia ini, marilah kita tauti semula kasih sayang, kita padukan semula persaudaraan, kita damaikan semula persengketaan, kita dendang kembali lagu persahabatan yang telah lama kita tinggalkan. Mari kita kembali kepada fitrah ketuhanan yang perlu kita perjuangkan bagi kemenangan Islam.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin daripada Pesuruhjaya dan seluruh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang, serta ahli dan penyokong PAS seluruh Pahang.

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Thursday, August 25, 2011

Clean Up the World


Salam Semua, Satu Program 'Clean Up The World Malaysia 2011' atau 'Hari Pembersihan Bumi Malaysia 2011' Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di Sg.Ular Dan Balok Kuantan pada 17 & 18hb September 2011 oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia dan Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang sempena sambutan Clean Up The World Sedunia 2011. Pelbagai aktiviti pemuliharaan Alam Sekitar, Ceramah Perdana, Makan Malam Perdana, Larian/Kayuhan Basikal Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Berkonsepkan Cintai Alam Sekitar, Syair/Puisi Alam Sekitar serta Jamuan Sambutan Aidilfitri peringkat PAS Kawasan Indera Mahkota akan diadakan. Semua dijemput hadir sebagai tanda protes kepada bantahan Kilang LAMP milik LYNAS serta pencemaran Tahap II-III Sungai Balok Kuantan. Ayuh Bersihkan Alam, Hijaukan Bumi Malaysia.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan


Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak semua ummat Islam, walau di mana jua berada.

Semoga kita semua dilimpahi keberkatan sepanjang masa.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk beramal, beramal kerana Allah...

Monday, July 25, 2011

Sembang-sembang bersama Bob Lokman dan Ustaz Nasrudin Thantawi

Program : Sembang-sembang bersama Bob Lokman dan Ustaz Nasrudin Thantawi
Tarikh : 17 Julai 2011
Anjuran : PAS Cawangan Balok.
Tempat : PASTI Hidayah, Balok Pantai

Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang merangkap NYDP PAS Indera Mahkota bertindak sebagai pengerusi majlis


Ketibaan KP DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Thantawi disambut oleh Bob Lokman


Ustaz Suhaimi sedang mempengerusikan majlis


Ustaz Suhaimi sedang melontar soalan kepada Bob Lokman


Ustaz Nasrudin sedang menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pengerusi


Pertanyaan dari audien





Sebahagian hadirin


Bob Lokman sehingga berdiri menjawab soalan yang dilontarkan...Semangat...semangat





Saudara Mohd Nor, S/U BADAR: "jaga gerai siapa tu?"





YDP Indera Mahkota, Tuan Haji Nasrun Amir pun berniaga jugak ke?


Tuan Haji Hashim, PA Ustaz Azhar Idrus di negeri Pahang (kiri)


Ustaz Nasrudin melawat gerai


Sesi bergambar





Ustaz Nasrudin bersama pemuda Indera Mahkota


Bergambar bersama petugas Amal

Saturday, July 23, 2011

Ngeteh bersama Bob Lokman

Bertempat di Restoran Usrah Terminal, program 'Ngeteh bersama Bob Lokman' telah diadakan dengan jayanya.

Pengunjung di hiburkan dengan celoteh yang berisi tazkirah oleh Bob Lokman yang diselang-selikan dengan lawak yang mencuit hati. Pengunjung juga dijamu dengan jamuan yang disediakan oleh pihak restoran.

Turut hadir menceriakan majlis, YDP Indera Mahkota, Tuan Haji Nasrun Amir Abdullah yang juga merupakan bekas rakan sekolah Bob Lokman, Ketua DPP Indera Mahkota, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim serta Ustaz Zainal Abidin Mohammad, Timbalan Ketua DPP Indera Mahkota.

Akhir majlis, para pengunjung berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan Bob Lokman yang ditandatangan pada bukunya "Aku, Isabella dan Tok Kenali."

Di antara anggota Amal yang hadir


Sabar menunggu ketibaan Bob Lokman


Para hadirin yang turut hadir


Kopiah dan buku "Aku, Isabella dan Tok Kenali" yang turut dijual


Menjamu selera


Mendengar celoteh dari Bob Lokman





Apa yang mencuit hati sehingga Ustaz Ahmad Fahmi ketawa mendengarnya


YDP Indera Mahkota, Tuan Haji Nasrun Amir Abdullah turut hadir. Beliau merupakan rakan persekolahan Bob Lokman





Bob Lokman sedang menandatangani bukunya


Sesi bergambar bersama peminat


Anggota Amal Indera Mahkota yang hadir bertugas

Friday, July 22, 2011

Gotong-royong membersihkan perkuburan Batu Hitam

Alhamdulillah, pada 17 Julai 2011 yang lalu, Jabatan Amal Indera Mahkota telah mengadakan satu gotong royong membersihkan tanah perkuburan Batu Hitam.

Seramai 20 orang anggota Amal telah turun untuk sama-sama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Ia telah diketuai oleh Komander Amal Kawasan Indera Mahkota, Saudara Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz yang juga merupakan Timbalan Pengarah 1 Amal Pahang.

Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pemuda Indera Mahkota, Ustaz Zainal Abidin serta exco DPP Indera Mahkota.

Selepas gotong-royong, pihak yang terlibat telah dijamu dengan nasi minyak oleh PAS Cawangan Batu Hitam.

Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bermurah hati menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang, masa, tenaga dan sebagainya bagi menjayakan program gotong-royong ini.

Jazakallah...

Sheikh Azlan sedang memberi taklimat kepada anggota Amal


Saudara Zaim dengan mesin rumputnya...





Ketua Penerangan DPP Indera Mahkota, saudara Nuruldeen, sedang menginsafkan dirinya


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Cukuplah kematian itu sebagai peringatan bagi orang yang berakal...


Sebahagian mereka yang telah bermurah hati menginfaqkan tenaga...Jazakallah


Menjamu selera selepas berpenat di bawah terik mentari. Semoga ia menjadi amalan baik di sisi Allah SWT

Sunday, July 17, 2011

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.