Followers

Sunday, July 18, 2010

Forum Perdana sempena 10 Tahun Al-Irsyad Balok

Sempena 10 tahun Sekolah Rendah Al-Irsyad, pihak PIBG sekolah dengan kerjasama BASF Petronas Chemical telah menganjurkan satu forum perdana yang bertajuk "PENDIDIKAN ISLAM CABARAN & MASA DEPAN". Forum ini telah dibarisi oleh ahli panel yang tidak kurang hebatnya seperti Ustaz Badrul Huzaini (Nadwah Pahang), Ustaz Asmawi (JAIP) dan Ustaz Basri Ibrahim (SRAIB).

Pihak Jabatan Amal Indera Mahkota telah di jemput untuk membantu kelancaran program ini. Terima kasih di ucapkan kepada anggota amal IM yang turut sama menjayakan program ini.


Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh pelajar sekolah.


Di antara tetamu kehormat yang hadir.


Sebahagian anggota amal IM yang turut membantu kelancaran Forum perdana ini.


Ahli panel sedang mengupas tajuk yang diberikan.


Sebahagian hadirin yang turut sama memeriahkan program ini.


Lagi anggota amal IM.

Friday, July 16, 2010

Ijtima` Tarbawi Kawasan Indera Mahkota

Bertempat di PUTRA, Ijtima` Tarbawi bulanan di peringkat Kawasan Indera Mahkota telah diadakan pada 15 Julai 2010. Ianya telah di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Saharudin Mohamad. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Pahang.

Kuliah ini berpandukan kitab Risalah Ta`lim karangan as-Syahid Hasan al-Banna.


al-Fadhil Ustaz Saharudin Mohamad sedang menyampaikan kuliah kepada hadirin.


Di antara hadirin yang sedang kusyuk mendengar isi kuliah. Turut sama YDP Indera Mahkota, Nasrun Amir Abdullah (bersila)


Seorang peserta sedang mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab.

Ustaz Saharudin Mohamad sedang menjawab soalan yang ditanya oleh hadirin.

Thursday, July 15, 2010

Kuliah Maghrib YB Titi Serong di masjid Qaryah Balok

Program: Kuliah maghrib oleh YB Ust Drs Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong)
Tarikh: 14 Julai 2010
Tempat: Masjid Qaryah Balok



YB Khalil Idham Lim sedang menyampaikan kuliah di Masjid Qaryah Balok

Para hadirin sedang kusyuk mendengar butir-butir kuliah

Di antara hadirin yang hadir



Setelah kuliah di Masjid Qaryah Balok, YB Khalil Idham Lim segera menuju ke tempat ceramah di Pasti as-Sa`adah, Kg Razali. Seperti biasa anggota Amal di tugaskan untuk mengiringi beliau.