Followers

Sunday, September 22, 2013

Laksana 4 program tarbiah wajib – Tuan Ibrahim


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.

Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.

"Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih.

“Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian,” ujarnya. Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.

Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat)

Tuesday, October 2, 2012

Jambori Amal Kebangsaan 2012

Jom anggota amal sekelian, jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya. Bermacam-macam aktiviti yang menarik akan diadakan.

Tarikh : 05 - 07 Oktober 2012
Tempat : Pelangi Beach Resort, Balok Kuantan Pahang

JUMPA DI SANA!!!



Wednesday, September 19, 2012

Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

Harakahdaily, 19 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, DPPM sedari awal, sejak Rabu, 12 September lalu telah memutuskan untuk mengadakan himpunan di Kedutaan Amerika itu pada Jumaat ini.

Sedangkan hanya pada Isnin, 17 September lalu, beliau mengetahui melalui media bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama.

"Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah “dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya," katanya lagi.

Nasrudin juga melahirkan rasa hairan kenapa isu 'pelawaan' tersebut dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar.

"Atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru akan turun demonstrasi?

"Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?" soalnya.