Followers

Sunday, August 9, 2009

Karnival Amal Kali Ke-2 : 9 Ogos 2009










Laporan: Program Karnival Jualan Amal Indera Mahkota 2009

Nama program: Karnival Jualan Amal Indera Mahkota 2009

Tarikh: 9 Ogos 2009

Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Dataran Pusat Tarbiyyah Islaiyyah Indera Mahkota (PUTRA), Balok.

Pengenalan:

Karnival Jualan Amal sudah menjadi salah satu aktiviti bagi PAS kawasan Indera Mahkota bermula sejak tahun 2006. Kini karnival Amal datang lagi menampilkan kelainan dengan menonjolkan ciri-ciri sebuah program kekeluargaan dengan adanya persembahan anak-anak kecil, pertandingan mewarna, dan sukaneka. Ia juga sebagai program kemasyarakatan dengan adanya pameran pelbagai agensi swasta, pemeriksaan kesihatan percuma dan gerai jualan. Inilah sebenarnya keunikan dan tarikan kepada Karnival Jualan Amal.

Objektif:

  1. Mengumpul dana bagi kerja-kerja amal kebajikan untuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah (PKMDB) dan Unit Amal Indera Mahkota.
  2. Membantu peniaga-peniaga kecil mendapat sumber kewangan alternatif.
  3. Menjalin hubungan silaturrahim antara PKMDB & Unit Amal bersama-sama masyarakat setempat.

Konsep Program:

  1. Membeli sambil menderma.
  2. Pemeriksaan kesihatan PERCUMA.
  3. Hari bersama keluarga.
  4. Berhibur mengikut cara Islam.

Kehadiran pengunjung: Lebih kurang 500 orang

Agenda:

  1. Ketibaan VIP,
    1. YB Azan, MP Indera Mahkota (PKR)
    2. ADUN Beserah, YB Syed Muhamad Bin Tuan Lonnik (PAS).
    3. YDP PAS Kawasan Indera Mahkota, Nasrun Amir
  1. Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu rasmi Unit Amal Malaysia, Nasyid Al-Amalulillah.
  2. Pemerikasaan barisan Unit Amal Kawasan Indera Mahkota
  1. Perasmian program oleh Nasrun Amir, YDP PAS Kawasan Indera Mahkota.
  1. Ceramah kesihatan H1N1 oleh wakil doktor perubatan, Dr. Fazli dari NGO Perubaan bernama PAPISMA.
  1. Persembahan Nasyid, bacaan al-Quran, silat dan lain-lain daripada PASTI-PASTI dalam kawasan parlimen Indera Mahkota.
  1. Pertandingan Melukis dan Mewarna perbagai kategori Kanak-kanak
  1. Acara Sukaneka: Tiup belon sampai pecah, 2 kategori, kanak-kanak lelaki dan perempuan umur bawah 8 tahun sahaja.
  1. Cabutan bertuah, hadiah pelbagai Hamper dan satu cabutan terakhir istimewa hadiah basikal.
  1. Majlis bersurai.

Sekian. Terima Kasih. Wassalaam.

Ditulis oleh: Kor IT Unit Amal Indera Mahkota.

Disahkan oleh: Syeikh Azlan Bin , Ketua Penyelaras Unit Amal Indera Mahkota.

No comments:

Post a Comment