Followers

Monday, September 28, 2009

Bertugas membantu KP Pahang Ustaz Suhaimi Saad pindah kediaman dari Inderapura ke Balok Permai





Bismillah. Assalaamu'alaikum wrm wbt. Kepada semua pembaca yang dikasihi.

Al-kisah, tersebutlah pada suatu hari yang bertarikh 8 Syawwal 1430H bersamaan 27 September 2009Masehi, Skuad Unit Amal Kawasan Indera Mahkota telah bertugas membantu Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang untuk memindahkan barang-barang rumahnya kerana beliau berhijrah (pindah) kediaman (rumah) daripada qaryah (taman/perkampungan) Inderapura ke Balok Permai.

Kerja bermula kira-kir jam 10.30 kami (Unit Amal Indera Mahkota) bertolak daripada Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kawasan Indera Mahkota (singkatannya, lebih dikenali sebagai PUTRA).
Kemudian, pada jam 11.00 pagi kami tiba di rumah Ustaz Suhaimi Saad yang akan dijual. Rumah beliau merupakan rumah corner lot (lot tepi).

Kemudian, kami mula mengangkat barang-barang yang bersaiz besar dan berat.


Al-Akh Hisham, Unit Amal Paya Besar juga turut serta walaupun jauh...

Dua dari kiri, Al-Akh Alharas (panggil Haras), SU Unit Amal Kawasan Indera Mahkota mengangkat kotak produk halalgel, barangan jualan perniagaan Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad yang dikasihi...


Dua dari kiri, Al-Akh Zul, dan dua dari kanan, Al-Akh Wan Raha (panggil Raha) mengangkat rak kabinet...


Dirumah Inderapura, kelihatan, dua dari kiri, Ketua Penyelaras Unit Amal Kawasan Indera Mahkota, Al-Akh Syeikh Azlan (panggil Syeikh)...


kelihatan.. ahli-ahli Unit Amal dan Jiran-jiran di qaryah Inderapura bertungkuslumus memuatkan barang-barang rumah naik keatas lori yang disewa/pinjam kami... :)


No comments:

Post a Comment