Followers

Tuesday, June 1, 2010

Kelas Tajwid dan Bahasa Arab

Assalamualaikum wrm. Salam amal kepada semua.

Syukur Alhamdulillah, Jabatan Amal Indera Mahkota telah membuka lembaran ilmu dengan mengadakan kelas Tajwid dan Bahasa Arab. Kelas ini diadakan pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam, bertempat di dewan PUTRA Balok. Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tidak kira usia, tidak kira status dan tidak kira landasan politik.

Tenaga pengajarnya adalah terdiri dari Ustaz Azizol Mamat yang mengajar kelas tajwid. Beliau yang berkelulusan dari Maahad Tahfiz di Terengganu dan juga KIPSAS, Pahang. Manakala kelas Bahasa Arab pula akan sampaikan oleh Ustaz Khairul Anam yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Kedua-dua mereka adalah anggota Amal Indera Mahkota.

Menurut Komander Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman ilmu al-Quran dan mempertautkan ukhuwah antara para pelajar. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada yang berminat untuk sama-sama menyertai kelas ini.


Para pelajar sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh mua`llim tajwid, Ustaz Azizol. "Tajwid amat penting dalam pembacaan al-Quran......"


Dua orang mua`llim yang sedia berkongsi ilmu, Ustaz Azizol (kiri) dan Ustaz Khairul Anam. Seeru `ala barakatillah.


Walaupun usia telah meningkat diambang sore, tetapi semangat mahu belajar tetap ada. Biar tinggi gunung di daki, dalam lautan di renangi, biar seribu ranjau di hadapan menuntut ilmu tiada noktahnya...

Alhamdulillah....moga dipermudahkan

No comments:

Post a Comment