Followers

Monday, August 9, 2010

Jambori Amal Pahang kali ke - 13 (Episod 1)

Program : Jambori Amal Negeri Pahang kali ke - 13
Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010
Tempat : Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing
Pengarah program : Sheikh Azlan b Sheikh Abd Aziz (Komander Amal Indera Mahkota)

Alhamdulillah, Jambori pada tahun ini Jabatan Amal Indera Mahkota telah menghantar seramai 20 orang peserta. Iatelah dirasmikan oleh saudara Azwan Ismail, Timbalan Pengarah 4 Jabatan Amal Pusat, dan sekaligus melancarkan Briged Amal dan Kadet Amal peringkat Negeri Pahang. Di harap dengan pelancaran ini, akan menjadi kesinambungan kepada anggota Jabatan Amal yang ada.

Pada program kali ke 13 ini, Komander Amal Indera Mahkota telah dilantik sebagai pengarah program. Tahniah!!!

Jambori Amal Negeri Pahang merupakan acara tahunan pertubuhan badan beruniform Jabatan Amal Malaysia. Telah hadir lebih kurang 300 ahli Jabatan Amal Kawasan dari semua kawasan dalam Negeri Pahang.

Berbagai aktiviti telah diadakan termasuklah kuliah maghrib dan subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Saharudin Mohammad serta beberapa orang ustaz dari Pondok An-Nur dan Pondok Darul Fikri.
Beberapa pertandingan antara kawasan juga turut diadakan diantaranya kawad kaki individu, pertolongan cemas, amal race, masakan, permainan tradisional dan sebagainya.

Manakala disebelah malam pula diadakan pertandingan nasyid dan pidato, yang menyaksikan bakat-bakat terpendam para peserta berjaya dicungkil.

Tahniah kepada peserta Briged Amal IM yang telah memenangi hadiah beberapa acara yang dipertandingan. Insya-Allah tahun hadapan kita bertemu semula di Temerloh...


`Orang dapur` yang banyak berjasa menyediakan makanan untuk semua kontinjen, hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Jazakallah...


Tapak perkhemahan


Kusyuk mendengar kuliah maghrib. Kelihatan pengarah program, Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz (baju hijau)


Alhamdulillah..

Solat Isya` berjemaah,


Di antara saf urusetia yang mengendalikan program jambori ini



Ketua Keselamatan, Saudara Firdauz sedang menyampaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan diantaranya "jangan mandi sungai tanpa kebenaran saya.."



KP DPP Kawasan Paya Besar, Ustaz Tarmizi Yahya sedang menunjukkan beberapa cara ikatan dan simpulan kepada para briged amal.

No comments:

Post a Comment