Followers

Thursday, September 30, 2010

Jambori Amal Kawasan Indera Mahkota ke 2

Program Jambori Amal Kawasan Indera Mahkota telah diadakan pada 25 - 26 September 2010, bertempat di Hutan Lipur Beserah. Ianya telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada urusetia dan juga pasukan Briged Amal.

Program ini telah dirasmikan oleh KP DPP Indera Mahkota iaitu saudara Yusri Ibrahim pada sebelah malamnya. Manakala majlis penutup pula sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Amal 4 Negeri Pahang iaitu saudara Suhaimi Hasan.

Diantara aktiviti-aktiviti yang diadakan persembahan montaj "Amal Indera Mahkota Sepanjang Zaman" yang disediakan oleh saudara Wan Raha selaku Kor Penerangan dan IT Indera Mahkota. Pengisian Rohani dan Motivasi menyusul selepas itu yang telah disampaikan oleh pakar motivasi yang amat dikenali iaitu YM Cikgu Raja Ismail b. Raja Shahdan. Para peserta jambori cukup berpuas hati dengan penyampaian bersahaja beliau tetapi penuh berisi dan menghiburkan.

Manakala keesokan harinya para peserta dibawa melawat ke pondok as-Salikin yang dikendalikan oleh Ustaz Hasan Azhari. Beliau telah memberikan kuliah ringkas diperkarangan rumahnya. Turut diadakan pertunjukan kawad yang dikendalikan oleh saudara Aidil Firdauz, pertolongan cemas dan tatacara penggunaan alat pemadam api oleh Komander Amal Indera Mahkota iaitu saudara Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz. Manakala para peserta cukup terhibur dengan pertandingan Amal Race yang diadakan.

Alhamdulillah, kita harapkan program jambori seperti ini dapat diadakan dimasa-masa akan datang.



Banner yang menyambut kedatangan para peserta jambori "Selamat datang"


Persiapan awal jambori



Para urusetia tidak cukup tangan bertungkus-lumus untuk memastikan para peserta mendapat keselesaan



Terima kasih, sahabat ar-Rasyidin turut datang membantu 'Jazakallah...'




Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan bersama dengan Pengarah Jambori IM 2010. Gandingan mantap.



Pengarah Program, Saudara Zulkifli sedang membantu peserta mendirikan khemah



Pengarah Amal Indera Mahkota sedang memberikan ucapan aluan kepada peserta jambori yang terdiri daripada Briged Amal



Ketua Keselamatan, saudara Aidil Firdauz, "jangan mandi kolam tanpa arahan saya..."



Ucapan dari Pengarah Jambori IM, saudara Zulkifli Mohammed, turut bersama penasihat Amal IM, Syed Kamaruzaman atau lebih dikenali dengan panggilan "ayahanda" dikalangan anggota Amal IM.



TKP DPP Indera Mahkota, Ustaz Zaki Ibrahim mengimamkan solat maghrib.


Tazkirah yang cukup menghiburkan oleh Kiyai Abd Rahman al-Baloki, di selang-selikan dengan sajak dan nasyid....



S/U DPP Indera Mahkota, saudara Hatta Saadon menyampaikan cenderahati kepada Kiyai Abd Rahman al-Baloki



Ustaz Zaki Ibrahim



Perasmian oleh KP DPP Indera Mahkota, saudara Yusri Ibrahim




YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan yang juga dikenali dengan panggilan "Pak Engku" menyampaikan suntikan motivasi kepada para peserta. Rasa nak menitis air mata apabila melihat slidenya mengenai anak-anak yatim.



Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota saudara Andansura menyampaikan cenderahati kepada 'Pak Engku'




Kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaki, beliau turut sama berjaga malam menjadi security kawasan perkhemahan.


1..2..3... angkat!! Riadhah pagi yang dibimbing oleh saudara Wan Raha


Tolak ke kiri......!



Walau dimana berada, tazkirah dan peringatan tetap diberikan sebagai panduan. Ustaz Hasan Azhari, mudir Pondok as-Salikin sedang memberikan tazkirah di perkarangan rumahnya.


Melawat sekitar pondok as-Salikin, Beserah.



Makan bertalam, satu pengalaman yang menyeronokkan.


Kawad yang dikendalikan oleh saudara Aidil Firdauz.


Melentur buluh biar dari rebungnya....


Cara mengendalikan alat pemadam api



Apa yang seronok sangat tu....


Diantara pemenang pertandingan Amal Race.



Pengarah Amal Indera Mahkota menyampaikan cenderahati kepada saudara Suhaimi Hasan, Timbalan Pengarah Amal 4 Pahang selaku perasmi penutup Jambori Amal IM kali ke 2



Insya-Allah tahun hadapan kita jumpa lagi.


Komander Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz sedang ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian yang dijemput.


Pengarah Jambori IM 2010, saudara Zulkifli Mohammed bergambar bersama dengan kontinjen dari Balok Permai.

No comments:

Post a Comment