Followers

Friday, April 1, 2011

Himpunan Aman Bantah LYNAS di Masjid Qaryah Balok

KUANTAN, 1 April – Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif “rare earth” Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini semakin memuncak, berikutan tindakan Menteri Besar Pahang yang menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya.

Himpunan “”Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas” akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat petang tadi telah berjaya diadakan biar pun dengan kawalan pihak polis. Dalam himpunan tadi pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir pada himpunan tersebut, biarpun cuaca agak panas terik ketika itu. Disamping menyampaikan ucapan panas dan berapi, edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut turut diedarkan kepada orang ramai.

Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), YB Tn.Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato’ Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota).

Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tn. Jasmani Yusoff telah hadir untuk memantau perhimpunan tersebut. Walau bagaimana pun program berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi. Pihak polis termasuk anggota trafik juga berjaya mengawal lalulintas dengan baik di sepanjang jalan hadapan masjid tersebut.

Selepas ceramah, orang ramai memegang sepanduk bantahan dan berdiri disepanjang jalan untuk menarik perhatian pengguna jalanraya yang lalu disitu. Sesungguhnya rakyat merasa bertanggungjawab untuk membantah projek yang jelas memperjudikan nasib rakyat ini sebenarnya. Difahamkan, banyak lagi himpunan bantahan akan dijalankan selepas ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu itu.













No comments:

Post a Comment