Syukur kepada kerana dengan izin-Nya program khidmat masyarakat pada 17 Oktober 2010 yang lalu telah selesai dengan jayanya.
Para anggota Amal Indera Mahkota yang terlibat turun menyumbangkan masa dan tenaga seperti yang diharapkan. Inilah mesej yang ingin disampaikan melalui Jabatan Amal, PAS DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG.
Pada tarikh tersebut, para anggota Amal Indera Mahkota telah turun ke Kampung Sungai Karang Darat untuk membantu seorang penduduk kampung menyiapkan dapur rumahnya. Alhamdulillah, kerja-kerja berjaya disiapkan menjelang tengahari.
Sebelum pulang, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Indera Mahkota telah menyampaikan sumbangan kepada tuan rumah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu. Jazakallah.
Anggota Amal sedang mendengar taklimat dari saudara Nurudden, Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah DPP Indera Mahkota
Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan sedang mengikat bata bersama dengan saudara Zulkifli
Dua orang anggota Briged Amal Indera Mahkota turut membantu menyiapkan kerja-kerja pembinaan
No comments:
Post a Comment