Followers

Wednesday, July 22, 2009

AKTIVITI SABTU 25 Julai '09: GOTONG ROYONG


Bismillah. Assalaamu'alaikum wrm wbt. & Salam Sejahtera. Insya-Allah pada hari Sabtu bertarikh 25 Julai 2009, Unit AMAL Kawasan Indera Mahkota atau singkatannya UAIM akan mengadakan Gotong Royong untuk membantu seorang jiran tetangga dalam kawasan Indera Mahkota anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah dan dengan kerjasama Unit AMAL Indera Mahkota untuk membantu melicinkan lagi usaha-usaha murni tersebut.


Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Beserah diurus oleh PAS atas mandat yang telah diberi oleh penduduk DUN Beserah pada PRU ke-12 yang lalu. Alhamdulillah.

Agama Islam menganjur, menyeru dan menggalakkan penganutnya untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan tidak kira kepada sesama Muslim atau bukan Islam.

Moto PKM "KAMI SEDIA BERKHIDMAT".

ditulis oleh: Kor ICT, Unit AMAL Indera Mahkota.
1 Sya'ban 1430H bersamaan 23 Julai 2009 (Khamis) 2.18 am

No comments:

Post a Comment