Followers

Sunday, July 19, 2009

Menyertai Jambori AMAL Negeri Pahang di Cameron Highland

Cameron Highland, 19 Jul 09 - Unit Amal Indera Mahkota (UAIM) telah menghantar satu kontinjen seramai lebih kurang 10 orang untuk menjadi wakil UAIM ke Program Jambori AMAL Negeri Kali ke-12. Program ini merupakan acara tahunan Unit AMAL peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.


Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah seperti pertandingan kawad kaki (individu), menimbangbola terbanyak (individu), menyumpit, Explorace, Belon beracun, Teka silang kata, Sudoku dan lain-lain.



Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pemurah, Kontinjen Unit AMAL Kawasan Indera Mahkota telah menjadi Johan acara Explorace. Kumpulan Explorace Kontinjen UAIM dianggotai oleh Sdr Syeikh Azlan, Sdr Farid, Sdr Alias, Sdr Alharas, dan Sdr Sabri. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka atas kejayaan tersebut.


YDP kawasan UAIM serta Cikgu Yusri turut hadir hadir pada hari pertama Jambori AMAL Negeri Pahang tersebut, berikutan kebetulan terdapat mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diadalakn ditempat program.


Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Sa'ad turut hadir sama bagi menunjukkan sokongan yang diberikan oleh pimpinan Pemuda PAS Negeri Pahang terhadap program Jambori yang diadakan setahun sekali itu. Beliau juga telah hadir untuk memberi ucapan bagi merasmikan majlis penutupan Program Jambori AMAL Peringkat Negeri Pahang kali ke-12 itu.


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga Allah meredhoi kita semua.


ditulis oleh: Kor ICT, Unit AMAL Indera Mahkota.
11.30am, Isnin, 27 Rejab 1430H, 20 Julai 2009M.

No comments:

Post a Comment